KEJOHANAN RAGBI UPMKB 10-SEBELAH | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» KEJOHANAN RAGBI UPMKB 10-SEBELAH

KEJOHANAN RAGBI UPMKB 10-SEBELAH

BINTULU 15 - 16 Februari 2020 – Kelab Ragbi Putra Dolphins Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) telah menganjurkan Kejohanan Ragbi UPMKB 10-Sebelah peringkat kebangsaan.

Kejohanan ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan. Sebanyak 19 buah pasukan dari seluruh bahagian negeri Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia telah menyertai pertandingan ini. Dalam pada itu, 14 buah pasukan bagi kategori lelaki telah bertanding secara liga berpasukan manakala 5 pasukan kategori perempuan pula bertanding secara liga sepasukan. Kejohanan ini telah berlangsung selama 2 hari iaitu peringkat kumpulan bertanding pada hari pertama manakala pada hari kedua berlangsung perlawanan suku akhir, separuh akhir dan akhir.

Kejohanan ini turut dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu YBhg. Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), UPM, Dr. Hanafiah Ayub A.M.N, Ketua Pusat Sukan UPM, dan Dr. Kamil Bin Latif, Pengetua Kolej / Ketua HEPA UPMKB bagi menyaksikan perlawanan akhir antara pasukan Baram Rhinos bertemu dengan Serdang Angels sekaligus menyempurnakan Majlis Penutupan kejohanan tersebut.

Pada akhir kejohanan ini, pasukan Serdang Angels telah merangkul gelaran sebagai Juara Keseluruhan kategori lelaki (champion cup) setelah menewaskan Baram Rhinos (runner up cup). Bagi kategori wanita pula, SMK Tatau, Bintulu telah berjaya merangkul tempat pertama dengan pungutan mata sebanyak 12 mata, diikuti Politeknik Mukah di tempat kedua dengan pungutan 6 mata. Dalam pada itu, pasukan tuan rumah pula telaj menunjukkan potensi yang baik dengan mendapat second shield bagi kategori lelaki dan tempat keempat bagi kategori perempuan.

Syabas dan tahniah diucapkan.

Updated:: 13/07/2020 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEUSAe~