Green Disabled Parking | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» Green Disabled Parking

Green Disabled Parking

Penyediaan tempat letak kereta hijau dan tempat letak kereta orang kurang upaya (OKU) di pusat tanggungjawab (PTJ) adalah untuk mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor persendirian dengan meningkatkan pengangkutan awam yang mesra pengguna orang kurang upaya (OKU) di dalam kampus dan antara kampus dengan hubungan pengangkutan awam di sekitar kampus. Usaha ini adalah bagi mengekalkan Universiti Putra Malaysia sebagai kampus hijau.

Penyediaan tempat letak kereta hijau dan tempat letak kereta orang kurang upaya (OKU) juga merupakan salah satu indikator penilaian inisiatif Kelestarian Hijau yang terdapat di dalam Anugerah Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran – sub kompenen Kelestarian Hijau di Universiti Putra Malaysia. Usaha ini adalah sejajar dengan kejayaan Universiti Putra Malaysia melonjak ke kedudukan 28 terbaik dunia dan kekal sebagai Institusi pengajian tinggi awam (IPTA) nombor satu di Malaysia dalam penarafan UI-Greenmetric World University Rangking 2019 dan berjaya mengekalkan kedudukan ini 10 tahun berturut-turut.

Kemaskini:: 17/12/2019 [lanz]

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdGAp~