Flogging | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» Flogging

Flogging

'PLOGGING' LATIH MAHASISWA UPM BINTULU LEBIH PEKA

Tarikh    : 14 April 2018
Tempat : Sungai Plan Lot, Bintulu Sarawak

Seramai 60 orang mahasiswa Diploma Perhutanan semester 4 dan Diploma Pertanian semester 6 Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) bersama-sama Penolong Pendaftar Kanan, Kolej Sri Rajang, Puan Rosidah binti Basir dan Puan Rafidah binti Sadarudin telah mengadakan khidmat bakti iaitu pembersihan kawasan di kawasan Sungai Plan Lot, Bintulu Sarawak. Ini merupakan aktiviti pertama 'plogging' atau lebih dikenali sebagai berjalan sambil memungut sampah di kawasan sekeliling dan mahasisa UPMKB yang terlibat akan berjalan sambil memunggut sampah di kawasan sekeliling mereka.

Program ini juga memberi kesedaran kepada masyarakat khasnya untuk mementingkan kebersihan yang merupakan asas utama dalam kehidupan seharian. Mahasiswa juga diberi pendedahkan dengan senario di luar kelas untuk sama-sama merasai dan memberi nilai tambah dalam diri ke arah kebaikan perkembangan diri. Besar harapan kami agar aktiviti plogging ini memberi kesedaran kepada masyarakat agar tidak membuang sampah di kawasan yang bukan sepatutnya.

Program itu juga bertujuan untuk melatih mahasiswa untuk lebih peka terhadap keadaan semasa serta meningkatkan mutu komunikasi ketika kerja berkumpulan dilaksanakan serta dapat melahirkan mahasiswa yang bersifat kesukarelawanan yang tinggi. Penganjuran program ini juga dapat menjadi pendorong kepada individu lain untuk bersama-sama dalam aktiviti kesukarelawan ini.

 Mahasiswa UPMKB mengutip sampah di kawasan sasaran

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Updated:: 17/12/2019 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
BVMRKQ2:10:16