Pengurusan Stress : Terapi Ketawa | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» COMMUNITY DEVELOPMENT » PUTRA Counselling @ UPMKB » Pengurusan Stress : Terapi Ketawa

Pengurusan Stress : Terapi Ketawa

BINTULU: Baru-baru ini, Seksyen Kaunseling, Kebajikan dan Pembangunan Pelajar (SKKP), Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPMKB telah menjayakan Kursus Pengurusan Stres:Terapi Ketawa dan melibatkan penyertaan penjawat awam di sekitar Sarawak.

Kursus yang telah dijalankan selama 2 hari berturut-turut ini telah disampaikan oleh Encik Muhammad Abdul Rahim bin Habib dan Puan Hairunisah binti Abdul Rahman, Pegawai Psikologi, UPMKB.

Antara pengisian yang terdapat dalam kursus ini adalah tentang teknik-teknik pengurusan stres yang berkesan, kesan-kesan stres dan aplikasi terapi ketawa bersama peserta.

Kursus Pengurusan Stres: Terapi Ketawa ini akan dianjurkan lagi pada tahun ini dan bagi yang berminat untuk menyertai, bolehlah menghubungi urus setia di Seksyen Kaunseling, Kebajikan dan Pembangunan Pelajar di talian 086-855285.




 

Updated:: 22/08/2019

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

P.O Box 396, Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086338948
C1571244072