Bulan Kaunseling UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» COMMUNITY DEVELOPMENT » PUTRA Counselling @ UPMKB » Bulan Kaunseling UPMKB

Bulan Kaunseling UPMKB

Seksyen Kaunseling, Kebajikan dan Pembangunan Pelajar (SKKP) UPMKB telah memilih untuk mengadakan sambutan Bulan Kaunseling UPMKB tahun 2019 pada bulan Julai. Sambutan Bulan Kaunseling diadakan adalah bertujuan untuk memdekatkan lagi SKKP dengan pelajar dan kakitangan UPMKB selain memberikan kesedaran tentang pentingnya penjagaan kesihatan mental kepada semua. Pelbagai program dan aktiviti telah diadakan bagi memeriahkan sambutan ini. Antaranya adalah Program Counselling Fun Talk dengan ceramah-ceramah seperti Pengurusan Emosi,  Histeria & Ketakutan, Putra First dan Sihat tak Minda Anda?.

Selain itu juga, turut diadakan aktiviti menarik seperti Speaker Corner dengan topik Life is Beautiful dan Speak without Fear dan sebagainya.

Majlis Penutupan Bulan Kaunseling UPMKB 2019 yang telah disempurnakan oleh Dr Kamil bin Latif, Ketua Hal Ehwal Pelajar (HEPA) UPMKB.

Pertandingan Young Motivator Competition 2019 turut diadakan dengan kerjasama Pembimbing Rakan Sebaya UPMKB sempena Bulan Kaunseling UPMKB 2019.

Program Counselling Fun Talk: Sihat Tak Minda Anda? Bersama penceramah jemputan Dr Chan Siaw Leng, Pensyarah dari Jabatan Sains Sosial, FSPM, UPMKB.

Speaker Corner: Life without Fear yang diadakan di Medan Selera, UPMKB.

Counselling Fun Talk:Aku Bijak Tolak Dadah sempena Bulan Kaunseling UPMKB bersama penceramah jemputan Encik Mohd Noh bin Ismail, Pegawai Psikologi.

Updated:: 09/12/2019

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

P.O Box 396, Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086338948
C1586315234