Bengkel Terapi Gestalt | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» COMMUNITY DEVELOPMENT » PUTRA Counselling @ UPMKB » Bengkel Terapi Gestalt

Bengkel Terapi Gestalt

Terapi Gestalt adalah satu pendekatan pemusatan klien yang di bentuk atas dasar bahawa seseorang individu mestilah difahami dalam konteks hubungannya yang berterusan dengan persekitaran. Terapi Gestalt menolong individu merasai pengalaman secara langsung, tidak melalui penceritaan yang abstrak tentang sesuatu peristiwa. Ia boleh dilaksanakan dalam setting individu atau kelompok. Matlamatnya ialah agar klien sedar apa yang berlaku di dalam pemikiran, emosi dan tingkahlakunya kerana kesedaran bersifat mengubat, seperti kata Fritz Perls, pengasas terapi ini.

Dalam bengkel ini, peserta akan dapat mempelajari tentang teknik dan kaedah menjalankan sesi kaunseling dengan menggunakan Teori Gestalt sam ada secara individu dan kelompok. UPMKB mengambil inisiatif untuk menganjurkan Bengkel Terapi Gestalt khas untuk kaunselor dan pengamal kaunseling dari sekitar Negeri Sarawak khasnya bagi meningkatkan lagi kompetensi kaunselor.

Updated:: 09/12/2019

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

P.O Box 396, Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086338948
C1576297386