Motivation | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» COMMUNITY DEVELOPMENT » Community Development » Motivation

Motivation

PROGRAM MOTIVASI

UPMKB melalui Bahagian Strategik, Komunikasi Korporat dan Jaringan telah mengambil inisiatif bagi mengadakan program Motivasi “Achieve Your Target” bagi membantu para pelajar agar meningkatkan prestasi pelajar berkenaan supaya dapat membuat persiapan minda dalam mencapai  kecemerlangan akademik. Konsep program ini lebih memberi penekanan kepada memberi suntikan motivasi dan semangat yang berterusan dalam pembelajaran serta pendedahan teknik pembelajaran yang berkesan untuk diaplikasikan dalam rutin pembelajaran harian agar prestasi para pelajar dapat ditingkatkan. Program yang dikendalikan ini juga mencakupi persediaan untuk kemasukan ke peringkat pengajian tinggi yang lebih mendedahkan kepada tumpuan subjek utama kemasukan ke universiti. Dengan adanya program ini selain dari membantu pelajar untuk mencapai taget di pringkat sekolah ia juga membantu misi untuk ke Menara gading. Selain program motivasi ini, perkongsian ilmu juga diberikan kepada golongan ibu bapa pelajar terutamanya dalam program ‘Parenting Skills’. Tujuan diadakan program ini adalah untuk membantu para ibu bapa membentuk program pembangunan anak-anak terutamanya berkaitan disiplin dan pembentukan kerjaya masa depan.

MATLAMAT

Program ini dirancang dengan matlamat :

4.1 Menggalakkan percambahan ilmu dan idea serta fikiran kritis dalam kalangan peserta program.

4.2 Memberi pendedahan kepada pelajar tentang suasana, budaya dan gaya hidup di sekolah serta cara pemikiran para pelajar.

4.3 Membantu para pelajar untuk mendapat motivasi dalam diri dari aspek rohani dan jasmani.

4.4 Memberi satu pengalaman baharu kepada para pelajar dalam mengendalikan program berbentuk motivasi dan dakwah bersama pejar sekolah rendah.

4.5 Memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang model Parenting Skills.

4.6 Membantu ibu bapa tentang teknik dan sentuhan kasih dalam mendidik anak-anak pada zaman moden.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Updated:: 22/02/2019

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

P.O Box 396, Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086338948
C1571249282