WEBINAR UPMKB KEMBANGKAN BAKAT BOLA TAMPAR DI BINTULU | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » WEBINAR UPMKB KEMBANGKAN BAKAT BOLA TAMPAR DI BINTULU

WEBINAR UPMKB KEMBANGKAN BAKAT BOLA TAMPAR DI BINTULU

#UPMKBMansang

BINTULU: Webinar ‘Be Our Next VolleyStar’ menjadi landasan terbaik untuk mengembangkan kemahiran dalam sukan bola tampar dan penganjurannya mendapat sambutan baik peminat sukan itu di negara ini.

Justeru pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit QKS2120 Bola Tampar (Kumpulan 1) Semester Kedua Sesi Akademik 2021/2022 Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) telah menganjurkan webinar ‘Be Our Next VolleyStar’ secara dalam talian dengan jayanya pada 5 Mac lalu.

Fasilitator kursus Roslan Ismail berkata, melalui webinar ini para pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran teknikal dan insaniah yang dipelajari serta mengetahui cara mengendalikan sesebuah program terutama dalam situasi endemik pada masa kini.

Katanya, setiap peserta mahupun pelajar pasti mempunyai hasrat untuk menceburi sukan bola tampar namun mereka akan ditenggelami dilema kerana asyik membandingkan diri dengan mereka yang berbakat.

“Maka webinar ini bertujuanmewujudkanminat serta memberi tunjuk ajar kepada golongan muda-mudi yang ingin menceburkan diri dalam sukan bola tampar,” ujarnya semalam.

Katanya webinar tersebut merangkumi dua slot iaitu ‘The Emotional Benefits of Volleyball’ dan ‘Dilema Sukan: Bakat atau Usaha?’ yang membolehkan pelajar menilai kecenderungan atau minat diri kendiri.

Katanya, ia usaha untuk menjadi seorang pemain bola tampar yang berkaliber dan mempunyai asas kukuh melalui pendidikan asas bola tampar yang telah dipelajari dalam kursus tersebut.

Pengarah program Vennesa Anne Brown berkata, penganjuran webinar itu diharap dapat memberi kesan positif kepada penganjur dan peserta demi mencapai objektif program berkenaan.

“Pengetahuan pelajar tidak akan terhad ke arah bidang masing-masing sahaja malahan mereka juga mampu meluaskan pengetahuan dalam bidang yang berlainan daripada kebiasaan kerana program ini merupakan salah satu langkah persediaan untuk menceburi sukan bola tampar,” ujarnya pada majlis penutupan program yang disertai 298 peserta itu.

Jelasnya,kebolehanberfikir secara kritis dan kreatif dalam mengaplikasikan apa yang dipelajari dan menambah ilmu dalam bidang berlainan membolehkan mereka lebih berdaya saing dalam pasaran kerja.

Justeru katanya, pengetahuan pelajar tidak akan terhad ke arah bidang tertentu sahaja bahkan mereka juga mampu meluaskan pengetahuan dalam bidang berlainan daripada kebiasaan.

Katanya, program ini merupakan langkah persediaan untuk memulakan sesuatu yang baharu pada bila-bila masa serta berharap penganjuran program ini diteruskan pada tahun depan.

Mengenai pengwujudan Putra Food Bank katanya, ia merupakan fasiliti yang disediakan untuk membekalkan makanan serta barang keperluan bagi pelajar golongan asnaf dan fakir miskin dengan slogan ‘Daripada Pelajar Kepada Pelajar Yang Memerlukan’ #PutraCakna #KeluargaUPM #KamiBantu.

 

 

Tarikh Input: 30/03/2022 | Kemaskini: 12/10/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEXRAM~