UPMKB TAWAR KURSUS SAINS SOSIAL SEPENUH MASA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » UPMKB TAWAR KURSUS SAINS SOSIAL SEPENUH MASA

UPMKB TAWAR KURSUS SAINS SOSIAL SEPENUH MASA

Laporan/foto: Robin Junang (Bintulu)

BINTULU, 31 Mac 2019 – Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) mengadakan Hari Terbuka Akademik 2019 untuk memperkenalkan dan mempromosikan kursus-kursus yang disediakan kampus tersebut.

Menurut Prof. Madya Dr. Mohd Ibrani, julung kalinya UPM memperkenallkan kursus sains sosial secara sepenuh masa. “Sebelum ini kursus sains sosial dikendalikan secara program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)  di bawah UPM Holding, dan kami berharap ramai pelajar memilih kursus baharu bagi memenuhi keperluan terutama dalam bidang pengurusan.

“Pada masa sekarang terdapat 1,537 pelajar mengikuti tiga peringkat program iaitu pra diploma, diploma dan sarjana muda, dan kursus-kursus di sini kebanyakannya berkaitan dengan bidang pertanian, akuakultur, perhutanan, perladangan makanan, perniagaantani dan kejuruteraan pertanian,” katanya ketika ditemui sempena program, di sini semalam.

Ibrani Adam (kanan) menunjukkan cara mengendalikan Ujian Psikometrik Analisis Kemahiran Kendiri, di sini semalam.


Menurut pegawai penyelaras Program PJJ UPM Holding Sutini, pada masa ini terdapat tiga program yang ditawarkan iaitu diploma, sarjana muda dan sarjana. “Antara program yang masih diteruskan di UPMKB di bawah UPM Holding ialah Sarjana Pembangunan Sumber Manusia, Pendidikan Bahasa Melayu dan Komunikasi Korporat.

“Pelajar yang ingin berurusan bagi program PJJ boleh menghubungi talian 03-89593405 atau kiriman teks melalui aplikasi whatsapp ke 0194290348 untuk mendapatkan maklumat lanjut,” ujarnya. Ketua Pusat Akademik UPMKB, En. Mohd Saufi, menjelaskan pada masa ini terdapat 15 pelajar mengikuti program PJJ di UPMKB.

Jualan produk ladang UPMKB turut diadakan.


“Mereka yang berminat untuk menyambung pelajaran di UPMKB boleh membuat pendaftaran secara dalam talian. “Penjelasan terperinci membolehkan pelajar dapat membuat pilihan semula walaupun ada yang telah mendaftar dengan UPU,” katanya.

UPMKB turut memperkenalkan kursus baharu bagi sesi 2019/2020 bagi pengambilan September 2019 iaitu Bacelor Sains Pembangunan Manusia dan Pengurusan. Program dirasmikan Dekan Fakulti Pertanian, Sains dan Teknologi, UPMKB Prof. Madya Dr Shahrul Razid Sarbini, dengan sekitar 500 orang hadir mendengar taklimat sambil melawat tapak pameran dan rundingan akademik.

Tarikh Input: 01/04/2019 | Kemaskini: 02/04/2019 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXETWAM~