UPMKB MENGHANTAR 320 PELAJAR PULANG KE SEMENANJUNG | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » UPMKB MENGHANTAR 320 PELAJAR PULANG KE SEMENANJUNG

UPMKB MENGHANTAR 320 PELAJAR PULANG KE SEMENANJUNG

7 Mei 2020, Bintulu : Dewan Sri Kenyalang, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak menjadi lokasi pelepasan para pelajar UPMKB yang berasal dari semenanjung untuk balik ke kampung halaman masing-masing.

Sejumlah 320 orang pelajar yang berasal dari negeri Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, Pahang, Johor dan Pulau Pinang. mula berkumpul seawal 7 pagi bagi menaiki penerbangan jam 3.20 petang dan 5.05 petang. Sebanyak 5 buah bas digunakan untuk menghantar pelajar-pelajar tersebut ke Lapangan Terbang Bintulu.

Dekan Fakulti Sains Pertanian dan Makanan, Prof. Madya Dr. Shahrul Razid Sarbini dan Pengetua Kolej Sri Rajang / Ketua Hal Ehwal Pelajar UPMKB, Dr. Kamil Bin Latif turut bersama memantau penghantaran pulang pelajar tersebut bersama-sama pegawai yang bertugas. Rata-rata pelajar yang ditemui menzahirkan perasaan gembira dan teruja kerana dapat kembali ke pangkuan keluarga.

#weloveupm
#upm
#upmkb
#kitajagakita
#staysafe
#stopcovid19

 

Tarikh Input: 10/05/2020 | Kemaskini: 11/05/2020 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdAA2~