UPMKB MEMPERKASA PELAJAR SMK BINTULU DENGAN KEMAHIRAN KOMPUTER | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » UPMKB MEMPERKASA PELAJAR SMK BINTULU DENGAN KEMAHIRAN KOMPUTER

UPMKB MEMPERKASA PELAJAR SMK BINTULU DENGAN KEMAHIRAN KOMPUTER

BINTULU- Program Service Learning Malaysia (SULAM), satu pendekatan pembelajaran yang bernilai kerana menggabungkan kajian akademik, penglibatan komuniti, dan pengalaman praktikal. SULAM merupakan satu kursus wajib yang diterapkan dalam kurikulum pembelajaran di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu kerana melibatkan aktiviti penambahan ilmu daripada pelajar kepada masyarakat bagi pembangunan komuniti sekitar Universiti.
 
Pada 3 dan 4 Februari yang lalu, seramai 18 pelajar Tahun Kedua Diploma Sains Komputer yang diketuai oleh Muhammad Ilhan Naquib bin Kamarul Zaman telah mengadakan bengkel Sulam @ Computer Science Powershop selama dua hari di SMK Bintulu, Sarawak.
 
Program SULAM ini diadakan bagi meningkatkan kemahiran organisasi, kerja berpasukan, pemikiran kritis, dan kreativiti pelajar. Seramai 54 peserta program yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 3 dan 4 terlibat dengan program Sulam ini. Terdapat pelbagai aktiviti menarik, termasuk explorace, Minecraft, dan pembentangan PowerPoint menggunakan ciri terkini seperti Morph dan Zoom untuk meningkatkan kemahiran komputer pelajar SMK Bintulu.
 
Walaupun menghadapi cabaran dari segi, fasiliti komputer yang terhad, tajaan program dan lain-lain, pelajar Diploma Sains Komputer berjaya menjalankan program dengan jayanya. Pada akhir program, peserta mengambil gambar sebagai memori dengan pihak sekolah dan para pelajar. Program ini telah disempurnakan oleh Dr. Wan Nor Zanariah Binti Zainol @ Abdullah dan memuji keupayaan program ini untuk memberi pelbagai manfaat kepada pelajar dan komuniti.
 
“Program ini mampu memberikan pelbagai manfaat dan faedah kepada pelajar terutamanya untuk tidak berputus asa dan mempunyai motivasi untuk terus belajar dan menggapai masa depan yang cerah kerana kejayaan tidak datang bergolek” kata Dr. Wan Nor Zanariah Binti Zainol @ Abdullah selaku ketua Jabatan Sains dan Teknologi semasa sesi penutupan program tersebut.
 
Kejayaan program SULAM menunjukkan kuasa pendidikan untuk memberi impak positif kepada masyarakat. Dengan memupuk perkongsian ilmu dan pembangunan komuniti, program ini mewakili nilai-nilai kecemerlangan akademik dan penglibatan komuniti yang dipegang oleh Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak.
 

Tarikh Input: 21/02/2023 | Kemaskini: 22/02/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdJAO~