UPMKB LANCAR KLINIK VETERINAR UNTUK HAIWAN PELIHARAAN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » UPMKB LANCAR KLINIK VETERINAR UNTUK HAIWAN PELIHARAAN

UPMKB LANCAR KLINIK VETERINAR UNTUK HAIWAN PELIHARAAN

Shahrul (tengah) dan Zamri (kiri) memberi makan seekor kucing yang mendapatkan rawatan di Klinik Veterinar UPMKB.

 

BINTULU: Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) melancarkan Klinik Veterinar UPMKB di kampusnya kelmarin bagi menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan untuk kucing, anjing dan haiwan peliharaan lainnya di bahagian ini.
 
Perasmian dan pelancaran klinik tersebut disempurnakan oleh Pengarah UPMKB Profesor Dr Shahrul Razid Sarbini dengan disaksikan Dekan Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan UPMKB Dr Zamri Rosli.

Hadir sama barisan pengurusan kampus dan fakulti, ahli Jabatan Sains Haiwan dan Perikanan, pelajar-pelajar Diploma Kesihatan Haiwan dan Penternakan (DKHP) UPMKB.

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan UPMKB Roslan Ismail berkata, pelbagai jenis perkhidmatan disediakan di Klinik Veterinar UPMKB untuk haiwan peliharaan. 

"Antara perkhidmatan itu ialah khidmat perundingan, pemeriksaan kesihatan am, vaksinasi, pencegahan dan penjagaan rawatan, pembedahan kecil (melalui janji temu) dan mengembiri atau memandulkan (melalui janji temu)," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Tambahnya, klinik tersebut beroperasi Isnin sehingga Jumaat, bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

Beliau berkata, mereka yang berminat dan ingin mengajukan sebarang bertanyaan boleh membuat janji temu dengan menghubungi talian 010-4297890.


 

Tarikh Input: 03/11/2022 | Kemaskini: 03/11/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEZXAM~