UPMKB JUARA KEJOHANAN FUTSAL SEMPENA SAMBUTAN HARI HUTAN ANTARABANGSA (INTERNATIONAL DAY OF FORESTS) PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2019 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » UPMKB JUARA KEJOHANAN FUTSAL SEMPENA SAMBUTAN HARI HUTAN ANTARABANGSA (INTERNATIONAL DAY OF FORESTS) PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2019

UPMKB JUARA KEJOHANAN FUTSAL SEMPENA SAMBUTAN HARI HUTAN ANTARABANGSA (INTERNATIONAL DAY OF FORESTS) PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2019

Pada 9 Mac 2019 (Sabtu) yang lalu, pasukan Futsal Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) telah dijemput untuk menyertai Kejohanan Futsal sempena sambutan Hari Hutan Antarabangsa (International Day of Forests) peringkat Negeri Sarawak 2019 anjuran Jabatan Hutan Sarawak. Sebanyak 6 pasukan (Kategori Lelaki) dan 5 pasukan (Kategori Wanita) telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. Kejohanan yang telah diadakan di Pakat Global Bintulu ini bertujuan untuk merancakkan sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2019 selain mengeratkan silaturrahim antara jabatan dan agensi serta memupuk semangat bersukan demi kesihatan.

Program yang berlangsung bermula jam 7.30 pagi hingga 8.00 malam ini dijalankan secara Liga Satu Pusingan. Antara pasukan yang telah mengambil bahagian adalah seperti berikut:

Kategori Lelaki:
1) Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB)
2) Jabatan Hutan Sarawak
3) Sarawak Forestry Corporation
4) Harwood Timber Sdn. Bhd.
5) Sarawak Timber Industry Development Corporation (STIDC)
6) Sarawak Timber Association

Kategori Wanita:
1) Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB)
2) Jabatan Hutan Sarawak
3) Harwood Timber Sdn. Bhd.
4) Sarawak Timber Industry Development Corporation (STIDC)
5) Sarawak Timber Association

Komitmen dan kesungguhan yang ditampilkan oleh pasukan UPMKB dalam kejohanan tersebut amat membanggakan. Antara pencapaian pasukan dan individu yang diperoleh adalah seperti berikut:

Kategori Lelaki   : Tempat Keempat

Kategori Wanita : Tempat Pertama (Johan)
                        : Anugerah Penjaring Terbanyak
                        : Anugerah Penjaga Gol Terbaik

Tahniah dan Syabas diucapkan!!!

Antara barisan staf yang mewakili UPMKB


Penyampaian cenderamata kepada wakil UPMKB (Kategori Lelaki)


Penyampaian cenderamata kepada wakil UPMKB (Kategori Wanita)


Penyampaian hadiah kepada pasukan lelaki UPMKB (Tempat Keempat)


Penyampaian hadiah kepada pasukan wanita UPMKB (Tempat Pertama/Johan)


Anugerah Penjaring Terbanyak


Anugerah Penjaga Gol Terbaik



Tarikh Input: 12/03/2019 | Kemaskini: 20/03/2019 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEZXAN~