UPMKB Johan Pertandingan Perarakan Dan Sepanduk | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » UPMKB Johan pertandingan perarakan dan sepanduk

UPMKB Johan pertandingan perarakan dan sepanduk

Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Islam UPMKB telah untuk menyertai pertandingan perarakan dan sepanduk bagi mewakili UPMKB bagi kategori B ( sekolah men / IPTA / Intitut Kemahiran ) bersempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Bahagian Bintulu pada tarikh 20 November 2018 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1440H yang bertempat di Esplanade Bintulu. Dengan itu, UPMKB telah memenagi pertandingan sepanduk dengan mendapat kedudukan Johan bagi penyertaan tersebut, tahniah dan syabas diucapkan.
 
Dengan itu, ucapan penghargaan dan terima kasih kepada AJK Sepanduk yang telah mengorbankan masa dan tenaga untuk menyiapkan sepanduk dan tidak lupa juga kepada semua peserta yang menyertai perarakan semalam sama ada yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung bagi menjayakan dan memeriahkan lagi suasana majlis itu. Oleh itu, semoga dengan penyertaan ini dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan antara sesama kita dan masyarakat sekitar Bintulu. Seandainya ada kekurangan semasa pengurusan penyertaan ini pihak kami mohon maaf dan akan ditambahbaikan lagi untuk masa akan datang. InsyaAllah.
 
Sekian, terima kasih.
 
















Tarikh Input: 21/11/2018 | Kemaskini: 21/11/2018 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdOA1~