UPMKB JALANKAN PROGRAM KESUKARELAWANAN TANPA HENTI SELAMA 40 JAM | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » UPMKB JALANKAN PROGRAM KESUKARELAWANAN TANPA HENTI SELAMA 40 JAM

UPMKB JALANKAN PROGRAM KESUKARELAWANAN TANPA HENTI SELAMA 40 JAM

CATAT REKOD : Warga UPMKB merakamkan gambar bersama-sama semasa program sukarelawanan 40 Jam Tanpa Henti di kampus berkenaan kelmarin

BINTULU: Sempena sambutan Hari Kesukarelawanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa tahun ini, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) menyahut cabaran dengan mengadakan program kesukarelawanan selama 40 jam tanpa henti di kampusnya di sini, kelmarin.

Bagi tujuan itu, 50 pelajar, kakitangan dan pengendali gerai termasuk dari Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) mengambil inisiatif melaksanakan program kesukarelawanan tanpa henti sekitar UPMKB selama dua hari bermula Sabtu.

Program ini secara am nya turut menyasarkan pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBoR) dengan melakukan kerja amal tanpa henti selama 40 jam.

Antara lainnya, program ini diadakan bagi menanam semangat kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa serta memupuk semangat serta toleransi sesama ahli yang terlibat.

Dalam pada itu, kerjakerja pembersihan ini turut memberi keselesaan kepada pelajar semasa menggunakan kemudahan yang ada di Pusat Pelajar sekali gus meningkatkan lagi keceriaan serta kebersihan Medan Selera dan Pusat Pelajar UPMKB.

Tarikh Input: 15/12/2022 | Kemaskini: 15/12/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEUGAu~