UPMKB Dipilih Sebagai Ambassador Oleh Pihak Sarawak Convention Bureau | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » UPMKB dipilih sebagai Ambassador oleh pihak Sarawak Convention Bureau

UPMKB dipilih sebagai Ambassador oleh pihak Sarawak Convention Bureau

Tahniah kepada Yang Berbahagia Dekan FSPM, Prof. Madya Dr. Shahrul Razid Sarbini dan En. Fakhzan Hj. Buang kerana dipilih sebagai Ambassador oleh pihak Sarawak Convention Bureau. Salah satu lagi jaringan pihak UPMKB dengan pihak kerajaan negeri Sarawak dan badan profesional antarabangsa.

Konvesyen Business Event Tribal Meet (TriBE) 2018 ini melibatkan delegasi dari pelbagai negara dan sektor profesionalisme. Program anjuran Kementerian Pelancongan, Seni, Budaya, Belia dan Sukan Sarawak yang dikelolakan oleh Business Events Sarawak ini turut berkerjasama dengan badan profesional antarabangsa iaitu PCMA (United States), ICCA(Netherlands), IAPCO( United Kingdom) dan UIA (Belgium). Konvensyen ini turut memberi peluang kerjasama pendidikan, penyelidikan, perkhidmatan, kepakaran, teknologi, media komunikasi dan juga ekonomi di peringkat antarabangsa.

Konvensyen yang berlansung selama 3 hari di Hotel Pullman Kuching telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg. Syabas diucapkan kepada #teamUPMKB dan moga UPMKB terus maju!

#TriBE2018
#TribeAssembly2020
#RedefiningGlobalTribes
#SarawakConventionBureau

(Tahniah kepada Yang Berbahagia Dekan FSPM, Prof. Madya Dr. Shahrul Razid Sarbini dan En. Fakhzan Hj. Buang kerana dipilih sebagai Ambassador oleh pihak Sarawak Convention Bureau. Salah satu lagi jaringan pihak UPMKB dengan pihak kerajaan negeri Sarawak dan badan profesional antarabangsa.)

(Bersama dengan Yang Berbahagia Tan Sri Dato Sri Muhammad Leo Micheal Toyad Abdullah, Pengerusi Sarawak Convention Bureau)

(Bersama Professor Dato’ Dr. Zulkifli Md. Zainuddin, pakar urologi Kebangsaan dan felo urologi antarabangsa yang bertugas di Hospital Perubatan UKM, serta bersama Pengerusi NASOM (National Autism Society Malaysia), dan beliau yang bertanggungjawab dalam pembangunan pendidikan dan kebajikan golongan autisme di Malaysia yang bekerjasama dengan UNICEF.)

 

Tarikh Input: 28/08/2018 | Kemaskini: 29/08/2018 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEYTAb~