UPM KAMPUS BINTULU SARAWAK BAKAL MENJADI HUB PENYELIDIKAN PERHUTANAN DAN PERTANIAN DI SARAWAK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » UPM KAMPUS BINTULU SARAWAK BAKAL MENJADI HUB PENYELIDIKAN PERHUTANAN DAN PERTANIAN DI SARAWAK

UPM KAMPUS BINTULU SARAWAK BAKAL MENJADI HUB PENYELIDIKAN PERHUTANAN DAN PERTANIAN DI SARAWAK

UPM Kampus Bintulu akan dijadikan Sebagai Hub Perhutanan Di Sarawak Menerusi Pusat Penyelidikan Perhutanan Dan Pertanian. Prof. Madya Dr. Shahrul Razid Sarbini Pengarah Kampus UPM Kampus Bintulu memberitahu Kerajaan Negeri Sarawak akan menyalurkan sejumlah Geran bagi aktiviti penyelidikan Pembangunan R&D kepada penyelidik UPM Kampus Bintulu dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Sarawak.
 
UPMKB Sedang Merangka Kertas Kerja yang komprehensif bagi memastikan hasrat kerajaan negeri melestarikan perhutanan di Sarawak dapat dicapai. Prof. Madya Dr. Shahrul Razid memaklumkan seramai 15 penyelidik utama Di UPM Kampus Bintulu akan terlibat dalam penyelidikan tersebut.
 
Kunjungan Hormat Prof. Madya Dr. Shahrul Razid Sarbini, Pengarah UPM Kampus Bintulu Sarawak (Kedua Dari Kanan Gambar) yang Berlangsung Sekitar Kira-Kira 30 Minit Berkenaan Antara lain Membincangkan Mengenai Sumbangan UPM Kampus Bintulu Sarawak Melalui Aktiviti-Aktiviti Penyelidikan Yang Telah Dijalankan Khususnya Dalam Bidang Pertanian Dan Perhutanan.
 
Turut Serta Dalam Kunjungan Berkenaan Adalah Ketua Bahagian Startegik, Komunikasi Korporat Dan Jaringan, Adalah Prof. Madya Dr. Mohamad Maulana Bin Magiman (Pertama Dari Kiri Gambar) Dan Ketua Bahagian Pentadbiran, En. Noor Hakim Bin Ahmad. (Pertama Dari Kanan Gambar).
 
 
 
 
Lawat laman web rasmi UPMKB di https://btu.upm.edu.my/
 

Tarikh Input: 16/02/2021 | Kemaskini: 09/03/2021 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEUHAJ~