UPM BINTULU MULA HANTAR PELAJAR PULANG KE KAMPUNG HALAMAN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » UPM BINTULU MULA HANTAR PELAJAR PULANG KE KAMPUNG HALAMAN

UPM BINTULU MULA HANTAR PELAJAR PULANG KE KAMPUNG HALAMAN

BINTULU: 5 buah bas Universiti Putra Malaysia (UPM) Bintulu memulakan perjalanan ke lima destinasi bagi menghantar pelajar-pelajar mereka pulang ke kampung halaman masing-masing.

Mereka ini terdiri daripada 88 orang pelajar dengan 67 lelaki dan 31 perempuan akan dihantar ke Bintulu ke Miri, Sibu, Betong Mukah, Sarikei dan Sri Aman bermula jam 10 pagi Sabtu.

Destinasi pertama, bas yang membawa 18 orang pelajar bergerak ke Saratok dan Betong telah bertolak jam 11.40 pagi dan ini diikuti destinasi ke Miri dengan membawa 24 orang pelajar telah bertolak jam 12.05 tengah hari.

Bas ketiga pula bertolak ke Mukah pada jam 12.40 tengah hari dengan membawa 12 orang pelajar, destinasi seterusnya di Sibu dengan jumlah 22 orang pelajar bertolak jam 2.40 petang dan destinasi terakhir ke Sarikei dan Sri Aman dengan membawa 12 orang pelajar dan bertolak jam 3.05 petang. -Edisi UKAS

Kredit kepada : Unit Komunikasi Awam Sarawak - UKAS

 

Tarikh Input: 04/05/2020 | Kemaskini: 11/05/2020 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W1VMERPl:17:15