TNC (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA) UCAP TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG KEPADA PELAJAR BAHARU UPMKB. | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » TNC (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA) UCAP TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG KEPADA PELAJAR BAHARU UPMKB.

TNC (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA) UCAP TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG KEPADA PELAJAR BAHARU UPMKB.

BINTULU: Baru-baru ini, UPMKB telah menerima kedatangan 500 pelajar baharu yang telah mendaftar masuk ke UPMKB bagi ambilan Diploma dan Persediaan Diploma Sains Sesi Akademik 2018/2019.

Pelajar-pelajar baharu berkenaan turut terlibat dalam pelbagai sesi taklimat dan aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program Minggu Perkasa Putra Sesi, antaranya ialah Majlis Ikrar Pelajar Baharu Bersama Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM,  Prof. Dr. M. Iqbal Saripan pada 23 Jun 2018 (Sabtu), jam 8.30 pagi.

Dalam ucapannya, beliau turut berpesan kepada semua pelajar baharu bahawa graduan holistik yang berdaya saing, bukan hanya di pasaran tempatan, tetapi juga di peringkat global.  Oleh itu, setiap pelajar hendaklah mempunyai kompetensi dalam berbahasa Inggeris. Selain itu, setiap pelajar juga hendaklah sentiasa menjaga maruah  diri dan nama baik keluarga agar menjadi graduan yang terbilang di masa hadapan.

Seramai 50 orang Fasilitator Universiti yang terdiri dalam kalangan pelajar UPMKB turut bertungkus lumus dalam membantu menjayakan Minggu Perkasa Putra pada tahun ini.

YBhg. Prof. Dr. M. Iqbal Saripan, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM, menyampaiakan ucapan kepada pelajar baharu.

Selamat datang pelajar baharu ke UPMKB.

Pelajar baharu bergambar kenangan bersama TNC (HEPA), YBhg Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, dan Pengurusan UPMKB dalam Majlis Bersama  TNC (HEPA).

Barisan FU yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan pelaksanaan Program Minggu Perkasa Putra, UPMKB

Sekitar hari pertama pendaftaran pelajar baharu ke UPMKB.

Tarikh Input: 09/07/2018 | Kemaskini: 13/07/2018 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEUCA2~