THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON FOREST RESOURCES MANAGEMENT 2021 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON FOREST RESOURCES MANAGEMENT 2021

THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON FOREST RESOURCES MANAGEMENT 2021

Sekitar Pembukaan "The International Conference On Forest Resources Management 2021" pada 10 Disember 2021 di Promenade, Bintulu yang telah dirasmikan oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak.

Majis juga turut dihadiri oleh YB Dato Sri Dr. Stephen Rundi Anak Utom, Menteri Utiliti Sarawak, YB Datuk Haji Talib Bin Zulpilip, Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sarawak (Integriti dan Ombudsman), YBhg. Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) dan YBhg. Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini, Pengarah UPM Kampus Bintulu Sarawak.

Ketika majlis perasmian juga YAB Ketua Menteri Sarawak telah mengumumkan peruntukan dana Hab Penyelidikan Pengurusan Sumber Hutan kepada UPM Kampus Bintulu sebanyak RM 10.95 Juta.

Peruntukan dana hab penyelidikan dari Kerajaan Negeri Sarawak ini sejajar serta memperkukuhkan lagi hala tuju UPM merujuk pada Pelan Strategik UPM 2021-2025 pada matlamatnya yang kedua iaitu Mewujudkan Hab Penyelidikan dan Inovasi yang Menjanakan Nilai Berteraskan Ekosistem Lestari.

#UPMKBMansang
#UPMSayangSarawak

 

Tarikh Input: 13/12/2021 | Kemaskini: 27/04/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdUAt~