TAWARAN LATIHAN AGRIPRENEUR DI UPMKB KINI DIBUKA UNTUK BELIA SARAWAK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » TAWARAN LATIHAN AGRIPRENEUR DI UPMKB KINI DIBUKA UNTUK BELIA SARAWAK

TAWARAN LATIHAN AGRIPRENEUR DI UPMKB KINI DIBUKA UNTUK BELIA SARAWAK

Sebanyak 30 slot tawaran menyertai latihan di bawah Program Agripreneur Semarak Belia kini dibuka sehingga 13 Mei 2022 kepada belia-belia Sarawak berumur antara 18 hingga 40 tahun.

Terdapat tiga modul latihan disediakan iaitu Modul Penternakan Ayam, Modul Penternakan Ikan dan Modul Tanaman Secara Fertigasi. Calon yang memenuhi syarat kelayakan akan mengikut program tersebut selama enam bulan bermula 13 Jun 2022 hingga 16 Disember 2022 di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB).

Pengarah program, Dr Aryaty Alwie memberitahu bahawa Program Agripreneur ini adalah anjuran Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak dan UPMKB.

Program Agripreneur turut menyediakan elaun kepada peserta sebanyak RM1,100 sebulan untuk tempoh enam bulan latihan di UPMKB dan kemudahan tempat tinggal turut disediakan di universiti mengikut kadar berpatutan serta peserta juga berpeluang mendapatkan keuntungan tambahan melalui jualan hasil projek yang akan dijalankan nanti.

“Peserta bukan sahaja didedahkan dengan pelaksanaan amali dan kemahiran kaedah ternakan atau penanaman, tetapi juga akan turut ditambah dengan pengetahuan dan kemahiran melalui sesi ceramah pensyarah berpengalaman berkaitan pembangunan pelan perniagaan, penulisan laporan perniagaan, pengurusan kewangan dan aliran tunai, pemasaran, penggunaan media sosial dalam perniagaan, tatacara penubuhan syarikat, prosedur pinjaman daripada institusi kewangan, inovasi dan kreativiti, serta “business pitching”, tambah Aryaty.

Peserta yang menamatkan program ini akan mendapat beberapa kemudahan dan kelebihan terutamanya layak menjadi Ahli Kelab MyAgrosis UPM di bawah kerjasama dengan Agro Bank bagi diberikan kemudahan membuat pinjaman modal maksimum RM50,000.

Bagi mengikuti program ini, pemohon boleh mendaftar secara dalam talian melalui pautan disediakan di www.btu.upm. edu.my atau hubungi urus setia program iaitu Dexter Elvin Menari (086-855887/dexter@upm.edu.my) Nurul Haziqah Hasan (086-855613/haziqah.hasan@upm.edu. my) dan Renee Sherna Laing (reneesherna@upm.edu.my/086-855667).

Tarikh Input: 25/04/2022 | Kemaskini: 12/10/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEZXAU~