TAKLIMAT KEMASUKAN KE PROGRAM BACELOR UPM SESI 2019 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » TAKLIMAT KEMASUKAN KE PROGRAM BACELOR UPM SESI 2019

TAKLIMAT KEMASUKAN KE PROGRAM BACELOR UPM SESI 2019

Pada 9 Oktober 2018, satu taklimat kemasukan ke program Bacelor UPM bagi sesi 2019 telah diadakan di Dewan Kuliah Utama, UPM Kampus Bintulu Sarawak kepada semua pelajar tahun akhir program Diploma.

Taklimat ini disampaikan oleh En. Ahmad Fouzi Abd. Tabir dan En. Mohd. Kasyfur Azim Abdul Wahab dari Unit Kemasukan, Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik UPM Serdang.

Seramai 250 orang pelajar dari pelbagai program Diploma di UPM Kampus Bintulu Sarawak hadir ke taklimat ini untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkenaan program-program Bacelor yang ditawarkan di semua Fakulti di Universiti Putra Malaysia. Taklimat ini juga menyampaikan maklumat berkaitan syarat-syarat kemasukan dan prospek kerjaya pada masa akan datang.

Program ini dilaksanakan pada setiap tahun untuk menggalakkan para pelajar tahun akhir program Diploma di UPM Kampus Bintulu Sarawak meneruskan pengajian di peringkat Bacelor di Universiti Putra Malaysia.



Tarikh Input: 12/10/2018 | Kemaskini: 15/10/2018 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEXOAk~