TAHNIAH UPMKB! | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » TAHNIAH UPMKB!

TAHNIAH UPMKB!

Sekalung tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Patricia King Jie Hung (Timbalan Pengarah Institut EkoSains Borneo), Dr. Tunung Robin (Ketua Laboratori Etnik Borneo), dan Dr. Latifah Omar (Penyelidik Bersekutu IEB) atas anugerah penghargaan sebagai personaliti dan penulis buku dalam pelancaran buku naskah 1 dan 2 berjudul “Sarawak Women in Scholarly Writing” sempena dengan sambutan Hari Wanita 2022.
 
Hari Sambutan Wanita 2022 dianjurkan oleh Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak pada 21 Februari 2022 bertempat di Dewan Undangan Negeri Sarawak baru telah menganugerahkan penghargaan kepada 51 personaliti wanita Sarawak yang giat dan aktif dalam bidang penulisan merangkumi bidang Sains Teknologi dan Sains Sosial di seluruh Sarawak termasuk penyelidik wanita Sarawak yang giat berkarya dan aktif dalam penyelidikan di Semenanjung Malaysia.
 
Hari Sambutan Wanita 2022 telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti. Manakala majlis pelancaran buku “Sarawak Women in Scholarly Writing” dan penyampaian sijil penghargaan kepada 51 personaliti wanita Sarawak telah disempurnakan oleh Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib.
 
 

 
 

Tarikh Input: 03/03/2022 | Kemaskini: 21/06/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEZDAk~