TAHNIAH! PENYELIDIK UPM RANGKUL EMAS DI ICE-CInno 2019 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » TAHNIAH! PENYELIDIK UPM RANGKUL EMAS DI iCE-CInno 2019

TAHNIAH! PENYELIDIK UPM RANGKUL EMAS DI iCE-CInno 2019

Dua pasukan penyelidik berjaya mengharumkan nama UPM apabila merangkul pingat emas di pertandingan international Competition and exhibition on computing innovation 2019 (iCE-Clnno 2019) pada 22-24 September yang lalu di Universiti Malaysia Pahang.

Pasukan penyelidik terdiri Dr. Nur Izah Ab Razak, Prof. Dr. Rahmita Wiza O.K Rahmat  dan Sufi Firdaus Fakhrurrazey mendapat pengiktirafan tersebut  berdasarkan kajian A new approach using augmented reality visualization to improve medical students learning of the cardiac cycle.

Dalam pertandingan yang sama, Dr. Shafinah daripada UPM Kampus Bintulu Sarawak bersama gabungan penyelidik USIM turut mencipta kejayaan dengan kajian 3D Holographic Display  for Argumented Reality.

ICE-Clnno 2019 merupakan pertandingan inovasi berasaskan komputer dengan memberi tumpuan kepada akademik, e-pembelajaran dan amalan perindustrian dengan teknologi digital dalam mendepani industri 4.0

Tarikh Input: 26/09/2019 | Kemaskini: 26/09/2019 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEURAB~