Tahniah Kepada Steffano Atom Anak Stephen, Pelajar UPM Kampus Bintulu Sarawak | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » Tahniah kepada Steffano Atom Anak Stephen, pelajar UPM Kampus Bintulu Sarawak

Tahniah kepada Steffano Atom Anak Stephen, pelajar UPM Kampus Bintulu Sarawak

8TH TIRAK TAEKWONDO INTERNATIONAL CHAMPIONSHIP 2018

Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPMKB telah menghantar seorang pelajar untuk mewakili UPMKB ke pertandingan 8th Tirak Taekwondo International Championship 2018 yang telah dilangsungkan di John Paul II Sports Center, University Suvarnabhumi Campus, Bangkok Thailand pada 27 Oktober 2018.

Steffano Atom Anak Stephen memenangi pingat emas (Mix Pair Poomsae), pingat emas (Team Poomsae) dan pingat gangsa (Individual Poomsae).

Penyertaan pertandingan seperti ini memberi pendedahan dan peluang kepada pelajar UPMKB untuk terus maju dalam bidang sukan taekwando ke peringkat yang lebih tinggi. UPMKB juga mengucapkan tahnian  dan terima kasih kepada tenaga pengajar En. Pui Jak Joon, pengerusi Kelab Smart Taekwondo Bintulu, yang telah banyak membantu Steffano Atom untuk berjaya dalam bidang yang diminati ini. Semoga dengan kejayaan yang dicapai oleh pelajar ini dapat menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk terus maju dalam bidang sukan dan kokurikulum yang lain.



 

Tarikh Input: 06/11/2018 | Kemaskini: 08/11/2018 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEXSAs~