Tahniah Kepada Pelajar UPMKB Yang Mengikuti World Heritage Camp Di Yogjakata! | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » Tahniah kepada pelajar UPMKB yang mengikuti World Heritage Camp di Yogjakata!

Tahniah kepada pelajar UPMKB yang mengikuti World Heritage Camp di Yogjakata!

Salah seorang pelajar UPMKB, Mohamad Izzuandy Yusop telah dipilih mewakili Malaysia ke World Heritage Camp yang bertempat di Yogjakarta pada 2 – 9 September 2018 yang lepas.

Program yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia dan Suruhanjaya Nasional Indonesia (UNESCO) ini bertujuan untuk menyemai intergrasi pelbagai budaya dan warisan di rantau ASEAN. Bertemakan Yogjakarta: The City of Multi-Layered Heritage, memberikan inspirasi keutuhan budaya, warisan dan juga nilai arkeologi bandar Yogjakarta yang penuh bersejarah.

Program yang melibatkan seramai 40 peserta universiti dan kolej dari pelbagai negara seluruh Asia Tenggara ini juga bertujuan memupuk kerjasama akademik, pelbagai budaya dan warisan di rantau ini dalam mengekalkan keharmonian sejagat.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada pelajar UPMKB sekaligus membawa nama UPM ke peringkat antarabangsa. Moga dengan kejayaan ini akan terus memberi inspirasi kepada seluruh pelajar UPM untuk terus maju dan cemerlang.

#teamUPMKB
#teamUPM







Tarikh Input: 14/09/2018 | Kemaskini: 14/09/2018 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
BVMfXiQ:23:34