TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG KEPADA PELAJAR BAHARU UPMKB 2019/2020. | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG KEPADA PELAJAR BAHARU UPMKB 2019/2020.

TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG KEPADA PELAJAR BAHARU UPMKB 2019/2020.

BINTULU– Seramai 340 orang pelajar baharu yang mendaftar di UPM Kampus Bintulu Sarawak telah membaca lafaz ikrar di hadapan YBhg. Prof. Dr. M. Iqbal Saripan, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) yang mewakili YBhg. Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM di Dewan Sri Kenyalang, UPMKB. Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), YBhg. Prof. Dr. M. Iqbal Saripan ketika berucap pada majlis itu merakamkan ucapan tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar baharu kerana telah terpilih untuk belajar di salah sebuah universiti terbaik dunia iaitu di tangga ke 202 terbaik dunia serta kedua terbaik di Malaysia. Pelajar baharu juga turut terlibat secara langsung dalam pelbagai aktiviti sepanjang Minggu Perkasa Putra yang telah ditetapkan antaranya ialah Majlis Bersama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) yang disampaikan oleh YBhg Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Majlis Bersama Pengetua, Taklimat Bahagian Akademik dan sebagainya.









Tarikh Input: 26/06/2019 | Kemaskini: 26/06/2019 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEYAAd~