TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG KEPADA PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK SEMESTER PERTAMA 2022/2023 AMBILAN PROGRAM DIPLOMA DAN PERSEDIAAN DIPLOMA SAINS | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG KEPADA PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK SEMESTER PERTAMA 2022/2023 AMBILAN PROGRAM DIPLOMA DAN PERSEDIAAN DIPLOMA SAINS

TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG KEPADA PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK SEMESTER PERTAMA 2022/2023 AMBILAN PROGRAM DIPLOMA DAN PERSEDIAAN DIPLOMA SAINS

Seramai 224 orang pelajar baharu yang mendaftar di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak telah melafaz ikrar pada Majlis Ikrar dan AkuJanji di hadapan YH. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Bin Sulaiman, Naib Canselor UPM di Dewan Sri Kenyalang UPMKB. YH. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Bin Sulaiman ketika berucap pada majlis itu merakamkan ucapan tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar baharu kerana telah terpilih untuk belajar di salah sebuah universiti terbaik dunia iaitu di tangga ke 123 terbaik dunia serta kedua terbaik di Malaysia.
 
Dalam majlis tersebut, beliau turut melancarkan inisiatif Putra Premium iaitu penyediaan kawasan Hotspot Wifi berkelajuan tinggi di beberapa lokasi strategik Kolej Sri Rajang, ruang bacaan Perpustakaan UPMKB dan ruang legar Kompleks Akademik untuk memudahkan pelajar berkumpul dan mengakses internet. Pelajar baharu juga turut terlibat secara langsung dalam pelbagai aktiviti sepanjang berlangsungnya Minggu Perkasa Putra. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa UPM dan Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini, Pengarah Kampus UPMKB.
 
Syabas dan tahniah kepada semua pelajar baharu kerana berjaya melanjutkan pelajaran di UPMKB.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 10/08/2022 | Kemaskini: 12/10/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEXTAa~