STEM JSAK Outreach @ School 2019 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » STEM JSAK Outreach @ School 2019

STEM JSAK Outreach @ School 2019

STEM JSAK Outreach @ School 2019 telah melabur tirai di Sekolah Kebangsaan Jepak tengah hari tadi. Setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Datuk Hj. Talib Zulpilip, Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sarawak (Integriti dan Ombudsman) merangkap ADUN N67 Jepak, kerana telah merasmikan majlis penutupan STEM JSAK Outreach @ School 2019.

Program tersebut telah menjelajah di 13 buah sekolah kebangsaan dan sebuah sekolah menengah kebangsaan bermula pada bulan April yang lalu. Antara sekolah di bawah DUN Jepak yang terlibat adalah SK Sungai Setiam, SK Sungai Setulan, SK Sungai Selad, SK Kuala Serupai, SK Kuala Tatau, SK Bintulu, SK Sungai Silas, SK Ulu Segan, SK Orang Kaya Mohammad, SK Tatau, SK Kuala Annau, SMK Kemena, dan SK Kampung Baru.

Program yang dianjurkan oleh Jabatan Sains Asasi dan Kejuruteraan, UPMKB kerjasama dengan Pusat Khidmat DUN N67 Jepak telah mencatat jumlah penyertaan lebih kurang 700 orang pelajar dari kesemua sekolah. Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pusat Khidmat DUN N67 Jepak atas sumbangan dana utama bagi merealisasikan program ini di semua sekolah. Syabas dan tahniah juga kepada sekolah-sekolah yang turut menjayakan program ini.







Tarikh Input: 18/10/2019 | Kemaskini: 22/10/2019 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
BVMBAh1:00:33