SKUAD WANITA UPM SERDANG ANGELS JUARA RUGBY SEVENS 2022 (UPMKB) | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » SKUAD WANITA UPM SERDANG ANGELS JUARA RUGBY SEVENS 2022 (UPMKB)

SKUAD WANITA UPM SERDANG ANGELS JUARA RUGBY SEVENS 2022 (UPMKB)

Skuad wanita Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang Angels membuktikan keunggulan mereka setelah menjuarai kejuaraan UPM Bintulu Rugby Sevens 2022 semalam.
 
Kemenangan itu membolehkan skuad wanita Serdang Angels membawa pulang piala dan juga pingat yang disampaikan oleh Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman di UPM Kampus Bintulu.
 
Jurulatih Serdang Angels, Faat Hor Rozi Ismail Ketua jurulatih amat gembira kerana anak buahnya berjaya mencapai sasaran manjadi juara.
 
UPM Kampus Bintulu, Sarawak menganjurkan perlawanan Ragbi 7s 2022 sempena Majlis Konvokesyen UPM ke-46 Sidang 1.
 
Sebanyak empat kategori dipertandingan iaitu kelab lelaki dan wanita, lelaki bawah 17 tahun, lelaki bawah 15 tahun dan lelaki bawah 12 tahun yang mendapat penyertaan 42 pasukan keseluruhannya.
 
Pada pertandingan kali ini UPM menghantar tiga pasukan iaitu UPMKB kategori lelaki dan wanita serta Serdang Angels wanita.
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 04/11/2022 | Kemaskini: 07/11/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEUXA2~