SHARING SESSION: ARE YOU OKAY DURING PANDEMIC? PRIHATIN TERHADAP KESIHATAN MENTAL PELAJAR KUARANTIN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » SHARING SESSION: ARE YOU OKAY DURING PANDEMIC? PRIHATIN TERHADAP KESIHATAN MENTAL PELAJAR KUARANTIN

SHARING SESSION: ARE YOU OKAY DURING PANDEMIC? PRIHATIN TERHADAP KESIHATAN MENTAL PELAJAR KUARANTIN

BINTULU: Baru-baru ini, Seksyen Kaunseling dan Kebajikan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan Program Sharing Session: Are You Okay during Pandemic? kepada pelajar UPMKB yang sedang dikuarantin.

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi sistem sokongan kepada pelajar yang sedang dikuarantin di Kolej Sri Rajang, UPMKB. Program yang dijalankan secara maya ini telah dihadiri oleh lebih 80 orang pelajar dan empat orang panel jemputan terdiri daripada pelajar UPMKB.

Diharapkan pelajar yang mengikuti program ini mendapat kesedaran tentang penjagaan kesihatan mental kendiri sepanjang menjalani tempoh kuarantin.

Hari pertama: Sesi perkongsian pengalaman bersama Saudari Hee Yen Voon, pelajar UPMKB bersama moderator Cik NurFitriYaani binti Saudi, Kaunselor Pelatih, UPMKB.

Hari kedua: Sesi perkongsian pengalaman daripada ahli Pembimbing Rakan Sebaya yang sedang menjalani tempoh kuarantin iaitu Saudara Aizat Hilman, Saudara Muhammad Amirul Aqif dan Saudara Mohamad Afnan Irfan bersama moderator Cik Syukrina binti Ismail, Kaunselor Pelatih, UPMKB.

 

Tarikh Input: 01/04/2021 | Kemaskini: 06/04/2021 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEZGAW~