Selamat Datang Kepada Semua Pelajar Baharu 2015/2016-1 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » Selamat Datang kepada semua Pelajar Baharu 2015/2016-1

Selamat Datang kepada semua Pelajar Baharu 2015/2016-1

Dekan


 

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, kita panjatkan setinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t. kerana dengan limpah, kurnia dan inayah-Nya kita menikmati kehidupan yang aman.

Bulan ini, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB)  telah menerima kehadiran pelajar baharu dan dikesempatan ini, saya mewakili seluruh warga kampus mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baharu ambilan Sesi Akademik 2015/2016. Semoga kedatangan anda semua menatijahkan sesuatu yang hebat kepada universiti ini dan kepada diri anda masing-masing.


Menuntut ilmu merupakan suatu proses yang berterusan untuk membentuk diri kita menjadi lebih baik dari sebelumnya. Berada di kampus ini, menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mempersiapkan diri dengan ilmu supaya kita dapat memberi sumbangan dan manfaat kepada Islam, negara dan masyarakat. Sejajar dengan visi dan misi UPMKB  iaitu untuk menjadi Pusat Pendidikan Tinggi Wilayah penting yang memberi sumbangan kepada pembangunan persekitaran intelektual, sumber tenaga dan sosio-ekonomi Sarawak khasnya dan Malaysia amnya serta menjadi pusat rujukan pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan Agribio Wilayah yang terpenting di Borneo.

Akhir kata, Kehebatan warga baharu UPMKB ini adalah sangat-sangat dinantikan oleh semua warga kampus dan pihak universiti amat mengalu-alukan kedatangan anda semua bagi menyahut cabaran masa depan pendidikan negara yang amat mencabar. Hanya dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi yang diperolehi oleh pelajar akan menaikkan lagi martabat dan nama baik UPM di bidang pendidikan negara. Selamat maju jaya dan tempuhilah kehidupan sebagai mahasiswa dengan penuh kehebatan dan jati diri yang kental.

Sekian, terima kasih.

Prof. Madya Dr. Nur Ashikin Psyquay Abdullah
Dekan
Fakulti Sains Pertanian dan Makanan
UPM Kampus Bintulu Sarawak 


Tarikh Input: | Kemaskini: | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdMAw~