SAMBUTAN PELAJAR UPMKB TERHADAP PROGRAM 'MANAGE TO CONTINUE' AMAT MENGGALAKKAN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » SAMBUTAN PELAJAR UPMKB TERHADAP PROGRAM 'MANAGE TO CONTINUE' AMAT MENGGALAKKAN

SAMBUTAN PELAJAR UPMKB TERHADAP PROGRAM 'MANAGE TO CONTINUE' AMAT MENGGALAKKAN

BINTULU: Sambutan pelajar Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) terhadap program 'Manage To Continue 1.0: Maintaining Peace' amat menggalakkan berikutan keinginan mereka menguruskan sesuatu majlis kini semakin berkembang.

Program anjuran Pelajar Kursus QKW2109 Pengurusan Majlis (Kumpulan 1), Semester Kedua Sesi Akademik 2022/2023 UPMKB itu diadakan di bilik kuliah universiti tersebut pada Rabu.

Fasilitator kursus, Mike Jonathan berkata program itu bertujuan menerapkan kemahiran menguruskan sesuatu majlis dan belajar proses merancang majlis serta cara menganjurkan majlis secara lebih menarik dalam kalangan pelajar.

Katanya, melalui program itu pelajar dapat meningkatkan kemahiran pengurusan majlis sekali gus dapat memperolehi pembelajaran melalui kursus akademik lain dalam kelas.

"Ceramah dalam program ini berpotensi menjadi tarikan kepada pelajar kerana ia adalah ilmu baharu dan mampu memberi impak besar dalam diri mereka," katanya.
Antara aktiviti dijalankan sepanjang program ialah Radio Rosak, 369 Clap Game, sesi soal jawab menggunakan aplikasi Quizizz, Kahoot dan sebagainya.

Pengarah program, Chun Jun Yi berkata program ini dapat membantu pelajar lebih memahami cara mengurus dan mengendalikan sesuatu majlis dengan lebih teratur.

Tarikh Input: 08/05/2023 | Kemaskini: 12/05/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEYCAM~