PUTRA KUNING JUARA SUKAN STAF UPMKB 2019 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PUTRA KUNING JUARA SUKAN STAF UPMKB 2019

PUTRA KUNING JUARA SUKAN STAF UPMKB 2019

Tahniah diucapkan kepada pasukan Putra Kuning yang telah menjuarai pasukan keseluruhan terbaik Sukan Staf UPMKB edisi Tahun 2019 yang diadakan dari 12 Julai – 07 Sept 2019. Sempena Majlis Sukan Staf UPMKB 2019, acara balapan menjadi acara kemuncak kejohanan ini.

Tempat kedua telah dimenangi Putra Merah. Manakala, tempat ketiga oleh Putra Biru dan tempat keempat adalah Putra Hijau. Setiap rumah terdiri daripada kakitangan UPMKB yang dibahagikan dan digabungkan dari pelbagai jabatan, pusat dan bahagian bagi membentuk 4 pasukan rumah sukan. Sebanyak 20 acara sukan telah dipertandingkan sepanjang kejohanan ini.

#SukanStafUPMKB2019
#TeamPutraKuning
#TeamPutraMerah
#TeamPutraBiru
#TeamPutraHijau
#WeLoveUPM
#UPMKB

 



Tarikh Input: 10/09/2019 | Kemaskini: 20/09/2019 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
BVMEFns:05:39