PUTRA ENTREPRENEUR AND INNOVATION 2019 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PUTRA ENTREPRENEUR AND INNOVATION 2019

PUTRA ENTREPRENEUR AND INNOVATION 2019

UPM Kampus Bintulu Sarawak dengan kerjasama Kelab Sukan dan Rekreasi Petronas (KSRP) Bintulu telah mengadakan satu Program Keusahawanan , Inovasi  dan Rekacipta iaitu PUTRA ENTREPRENEUR AND INNOVATION 2019 yang bertempat di MPC Hall, Kelab Kidurong Bintulu pada 28-29 September 2019 dan penyertaan daripada pelajar sekolah menengah, rendah dan orang awam di sekitar Bintulu.  Melalui program ini, Bidang inovasi dan keusahawanan merupakan dua bidang yang berbeza. Akan tetapi, dua perkara ini mempunyai kaitan dan kebergantungan antara satu sama lain. Inovasi merupakan satu usaha menghasilkan produk yang lebih baik dan berkualiti dengan cara yang sama ada menambah baik, atau mengubahsuai produk sedia ada di pasaran. Manakala usahawan ialah individu atau kumpulan individu yang menubuhkan atau meneraju perniagaan sendiri serta mengembangkannya dari masa ke semasa demi kemakmuran masyarakat dan negara.

PUTRA ENTREPRENEUR AND INNOVATION 2019 diharapkan dapat memberi kesan positif kepada penganjur dan peserta seperti yang ditetapkan dalam objektif program ini. Seterusnya, dapat mencungkil bakat para generasi muda dan mendedahkan maklumat serta pengetahuan tentang budaya pemikiran secara profesional juga kreatif dan inovatif. Disamping itu, peserta juga meluangkan masa lapang dengan program yang memberi manfaat seperti pendedahan mengenai teknologi maklumat dan perancangan masa mereka dengan strategi. Selain itu, program ini dapat membantu peserta untuk menghasilkan output yang berkualiti daripada hasil berfikiran kritis. Program ini dijayakan oleh pelajar semester satu yang mengambil Kursus Kokurikulum Berkredit QKH2104 Usahawan Siswa dan QKI2101 Inovasi dan Rekacipta Semester Pertama Sesi Akademik 2019/2020 dan dikendalikan oleh Fasilitator En. Roslan Bin Ismail dan En. Jonaes Townsend Anak Augustine Mapang.

#PutraEntrepreneurandInnovation2019
#ProgramKeusahawananInovasidanRekacipta
#UswaXIrec
#UPMKB





Tarikh Input: 30/09/2019 | Kemaskini: 30/09/2019 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEZCA0~