PUTRA BIRU JUARA SUKAN STAF UPMKB 2018 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PUTRA BIRU JUARA SUKAN STAF UPMKB 2018

PUTRA BIRU JUARA SUKAN STAF UPMKB 2018

Tahniah diucapkan kepada pasukan Putra Biru yang telah menjuarai pasukan keseluruhan terbaik Sukan Staf UPMKB edisi Tahun 2018 yang diadakan dari 13 April – 11 Ogos 2018. Sempena majlis penutupan kejohanan sukan tersebut, Putra Biru juga telah menjuarai pertandingan tarik tali bagi kategori lelaki dan wanita yang menjadi acara kemuncak kejohanan ini.

Tempat kedua telah dimenangi Putra Kuning. Manakala, tempat ketiga oleh Putra Merah dan tempat keempat adalah Putra Hijau. Setiap rumah terdiri daripada kakitangan UPMKB yang dibahagikan dan digabungkan dari pelbagai jabatan, pusat dan bahagian bagi membentuk 4 pasukan rumah sukan. Sebanyak 16 acara sukan telah dipertandingkan sepanjang kejohanan ini dengan melibatkan 38 kategori keseluruhannya.

Tarikh Input: 14/08/2018 | Kemaskini: 14/08/2018 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdUA5~