PUTRA BAKTI@FOOD WAR FESTIVAL MENGASAH BAKAT KEUSAHAWANAN MAHASISWA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PUTRA BAKTI@FOOD WAR FESTIVAL MENGASAH BAKAT KEUSAHAWANAN MAHASISWA

PUTRA BAKTI@FOOD WAR FESTIVAL MENGASAH BAKAT KEUSAHAWANAN MAHASISWA

Bintulu – 27 Mac 2022, Pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit QKH2104 Usahawan Siswa (Kumpulan 1) Semester Kedua Sesi Akademik 2021/2022 telah menganjurkan program Putra Bakti@Food War Festival secara tertutup di Dewan Sri Kenyalang, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) dengan jayanya pada 27 Mac lalu. 

Penganjuran program seperti ini memberi perluang kepada semua pelajar UPMKB untuk mengasah bakat keusahawanan dan menjadi motivasi untuk menjadi usahawan. Objektif Program ini dijalankan agar mahasiswa dapat menggunakan ilmu yang dipelajari, mendedahkan diri bidang perniagaan sebenar agar mampu melahirkan graduan yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang. Terdapat 17 buah pengerai telah menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Antaranya adalah keropok lekor, kuih muih, tiramitsu, burger dan banyak lagi. Selain daripada aktiviti menjual, terdapat juga aktiviti sampingan iaitu, “Free market “. “One man’s trash is another man treasure”. Tujuan “Free Market” adalah untuk mengumpulkan barangan terpakai kepada sesiapa yang memerlukan secara percuma. Barangan yang disumbangkan akan disediakan di salah satu gerai dan sesiapa sahaja yang memerlukan boleh mengambil secara percuma. Pelaksanaan program ini mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dengan menjaga kebersihan, jarak sosial, memakai penutup muka, semakan imbas suhu badan dan imbas QR Code Mysejahtera.

Pengarah program Putra Bakti@Food War Festival Walter Bilong ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dan kepada pihak atasan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu kerana telah memberi pelajar Usahawan Siswa peluang untuk mengadakan program yang penuh makna ini. Seterusnya, program ini juga memberikan impak yang besar kepada semua pelajar kerana program ini ialah berdasarkan sebuah asas pemulaan perniagaan. Pelajar juga dapat mengambil contoh program ini sebagai pengalaman yang penting di dalam kehidupan mereka pada suatu hari nanti. Program ini juga telah menerima maklum balas yang positif dalam kalangan pelajar dan staf di UPMKB.

 

 

 

 

Tarikh Input: 27/04/2022 | Kemaskini: 12/10/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXERFA6~