PUTRA BAKTI@ AGRICULTURAL INNOVATION COMPETITION CUNGKIL IDEA PELAJAR UNTUK HASILKAN INOVASI BAHARU PERTANIAN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PUTRA BAKTI@ AGRICULTURAL INNOVATION COMPETITION CUNGKIL IDEA PELAJAR UNTUK HASILKAN INOVASI BAHARU PERTANIAN

PUTRA BAKTI@ AGRICULTURAL INNOVATION COMPETITION CUNGKIL IDEA PELAJAR UNTUK HASILKAN INOVASI BAHARU PERTANIAN

PROGRAM Putra Bakti@ Agricultural Innovation Competition anjuran pelajar Kursus QKI2101 Inovasi dan Reka Cipta (Kumpulan 1), Semester Kedua Sesi Akademik 2021/2022, baru-baru ini telah dijalankan di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB). Pengarah program Ven­mathiy Jaya Kumar berkata, matlamat program ini adalah untuk mencungkil idea para pelajar untuk menghasilkan inovasi baharu dalam perta­nian yang akan memberi ke­mudahan kepada para petani pada masa akan datang.

Selain itu, para peserta juga dapat memantapkan lagi pengetahuan mereka men­genai pertanian moden. Menurut fasilitator kur­sus Dr Walter Charles Primus, program ini ter­diri daripada tiga slot yang mengandungi perkongsian ilmu daripada penceramah yang berpengalaman luas dalam bidang pertanian moden, “Mini Games” dan pertandingan inovasi yang bertema pertanian. Seluruh program ini terbuka kepada para mahasiswa Univer­siti Putra Malaysia Kampus Bintulu.

Program Putra Bakti@Ag­ricultural Innovation Com­petition telah diadakan pada 16 April 2022 dan Webinar: Agriculture Innovation Talk pada 17 April 2022 secara dalam talian melalui aplikasi Cisco Webex. Putra Bakti@ Agricul­tural Innovation Competi­tion merupakan slot pertama program ini. Pertandingan ini telah disertai oleh lima kumpulan dan satu secara individu.

Dalam pertandingan ini pe­serta diminta untuk membuat pembentangan dalam masa 15 minit; pembentangan mesti­lah mengandungi pengenalan kepada ahli kumpulan, masa­lah yang ingin diselasaikan, penyelesaian, pertunjukan/ demonstrasi produk yang disediakan, proses pem­buatan produk, bahan yang digunakan dan impak produk tersebut kepada masyarakat yang terlibat dalam bidang pertanian.

Pertandingan ini telah di­nilai oleh Mohd Saufi Mohd Ramli dan Dr John Keen Chubo. Seterusnya, hari kedua program ini bermula den­gan Webinar: Agriculture Innovation Talk. Webinar ini telah berlangsung secara maya. Slot yang bertajuk Smart Agriculture: Chal­lenges and Oppurtunities ini telah disampaikan oleh CEO Syarikat McGood Agro Solu­tion Make Jiwan.

Program hari kedua pula dilengkapi dengan “mini games” seperti kuiz yang berkaitan dengan pertanian dan inovasi. Terdapat 10 pemenang telah memenangi wang tunai sebagai hadiah bagi kuiz dan kahoot yang telah diadakan.

Ceramah ini membincang­kan masalah yang timbul dalam pertanian, meninjau penggunaan teknologi yang paling relevan serta menyer­lahkan teknologi yang sedia ada dalam sektor pertanian negara. Bagi Agricultural Innova­tion Competition Kumpulan Gear Z telah memenangi tempat pertama dengan menyediakan pembaja yang dapat membaja dengan kuan­titi yang tepat bagi setiap tumbuhan.

Tempat kedua telah di­menangi oleh Kumpulan YB Joe yang telah menyediakan bekas air yang memudahkan petani. Tempat ketiga pula dime­nangi oleh Kumpulan Prizmy yang tampil dengan aplikasi yang boleh digunakan untuk menjual hasil tempatan.

Akhir sekali, tempat keem­pat (sagu hati) telah dimenga­ni oleh peserta individu Chiah Yi Hua dengan inovasinya pembenih tumbuhan.

 

Tarikh Input: 09/06/2022 | Kemaskini: 12/10/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEUGAb~