PROJEK SIMENFERO - HASIL KERJA TANGAN PELAJAR DIPLOMA KEJUTERAAN TEKNOLOGI PERTANIAN 2022/2023-1 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROJEK SIMENFERO - HASIL KERJA TANGAN PELAJAR DIPLOMA KEJUTERAAN TEKNOLOGI PERTANIAN 2022/2023-1

PROJEK SIMENFERO - HASIL KERJA TANGAN PELAJAR DIPLOMA KEJUTERAAN TEKNOLOGI PERTANIAN 2022/2023-1

16 Feb 2023- 30 orang pelajar program Diploma Kejuruteraan Teknologi Pertanian (DKTP) semester 1 sesi 2022/2023 telah berjaya membangunkan 2 buah meja dan 8 buah kerusi taman yang telah dibangunkan menggunakan konsep simenfero.
 
Projek simenfero ini berjaya disiapkan melalui kursus EAB2202 (Pengenalan Kepada Struktur Ladang) yang mana pelajar-pelajar perlu mempelajari tentang struktur-struktur binaan yang diperbuat daripada besi, kayu serta campuran simen dan pasir.
 
Maka untuk projek akhir kelas EAB2202, pelajar-pelajar DKTP01 tersebut perlu menyiapkan projek simenfero dengan tunjuk ajar daripada penyelaras kursus EAB2202; Gs. Dr. Wan Nor Zanariah b. Zainol @ Abdullah dan juga bimbingan daripada penolong jurutera iaitu En. Stephan Anak Banyan.
 
Hasil projek mereka telah dipamerkan di ruang taman atau kawasan berumput berhadapan bangunan Jabatan Sains dan Teknologi (JStek) sejak 6 Februari 2022 yang lalu dan telah memberi manfaat kepada pelajar dan staf UPMKB untuk duduk dan berehat sebentar di situ.
 
Kemudahan ini lebih digunakan sekiranya ada Program "Food Bank" di JSTek di mana pelajar-pelajar boleh juga menikmati juadah yang disumbangkan di set meja dan kerusi taman tersebut. Semoga bermanfaat!
 
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 20/02/2023 | Kemaskini: 20/02/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXETNAd~