PROGRAM ZIARAH RAMADHAN CERIAKAN HATI LEBIH 50 PESAKIT KANAK-KANAK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM ZIARAH RAMADHAN CERIAKAN HATI LEBIH 50 PESAKIT KANAK-KANAK

PROGRAM ZIARAH RAMADHAN CERIAKAN HATI LEBIH 50 PESAKIT KANAK-KANAK

BINTULU: Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, seramai 10 orang ahli persatuan Pentadbir UPM di Kampus Bintulu telah melawat wad kanak-kanak di Hospital Bintulu untuk menyerahkan bahan bacaan dan alat permainan untuk menggembirakan mereka sementara menerima rawatan di hospital.

Turut diagihkan adalah buah tangan untuk semua staf di dalam wad tersebut bersempena dengan Hari Jururawat untuk menghargai jasa mereka. Selain itu, pihak UPM berbesar hati membangunkan sebuah sudut membaca yang menempatkan pelbagai buku dan permainan IQ di dalam wad rawatan harian bagi membolehkan kanak-kanak di sana membaca buku dan bermain untuk mengisi masa yang terluang.

Objektif Program Ziarah Ramadhan ini diadakan adalah untuk menyuntik semangat dan motivasi kanak-kanak untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik selain dapat meningkatkan semangat kesukarelawan dalam diri ahli PPUPM yang terdiri daripada kakitangan UPM Kampus Bintulu Sarawak.

Semoga usaha ini akan memberikan manfaat kepada semua kanak-kanak yang menerima rawatan di Hospital Bintulu. Rombongan dari UPM telah dialu-alukan dan disambut mesra oleh Pengarah dan kakitangan Hospital Bintulu Sarawak. Pihak UPM Kampus Bintulu mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang tidak kira sumbangan dalam bentuk wang, buku dan alat permainan kanak-kanak.








Tarikh Input: 23/05/2019 | Kemaskini: 28/05/2019 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEZFAA~