PROGRAM WANITA DALAM PERTANIAN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM WANITA DALAM PERTANIAN

PROGRAM WANITA DALAM PERTANIAN

 
Aktiviti penanaman pokok hiasan untuk restorasi landskap di kawasan Bangunan PPWS Bintulu.

Jabatan Sains Tanaman, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) dan Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Wilayah Bintulu pada 28 Ogos 2022 menganjurkan aktiviti penanaman pokok hiasan untuk restorasi landskap di kawasan Bangunan PPWS Bintulu.

Aktiviti bermula dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Seramai lebih 50 orang telah menjayakan aktiviti yang terdiri daripada ahli-ahli PPWS, pensyarah dan staf serta pelajar program Diploma Pertanian dari Jabatan Sains Tanaman UPMKB.

Objektif aktiviti ini adalah untuk menghiasi dan mencantikkan ruangan landskap bangunan PPWS Bintulu. Aktiviti ini juga dijalankan bersempena sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini.

Aktiviti penanaman pokok hiasan dan restorasi diketuai oleh Dr. Franklin Ragai Kundat yang melibatkan aktiviti seperti pemasuan semula, penanaman dan penyusunan semula, serta pemangkasan pokok-pokok hiasan.
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 29/08/2022 | Kemaskini: 07/10/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDcXAZ~