PROGRAM SUKAN DAN KOMUNITI “PUTRA VOLLEYBALL CHARITY TOURNAMENT” | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM SUKAN DAN KOMUNITI “PUTRA VOLLEYBALL CHARITY TOURNAMENT”

PROGRAM SUKAN DAN KOMUNITI “PUTRA VOLLEYBALL CHARITY TOURNAMENT”

Pihak UPM Kampus Bintulu Sarawak dengan kerjasama McDonalds Bintulu dan Ronald McDonald House Charities Malaysia (RMHC) telah mengadakan satu Program Sukan dan Komuniti iaitu Putra VolleyBall Charity Tournament yang bertempat di SJK (C) Sibiew, Bintulu pada 18-19 Jan 2019 dan penyertaan 24 pasukan lelaki dan wanita daripada Miri, Bintulu dan Mukah. Program ini dijayakan oleh Pelajar Program Diploma Pengurusan Perladangan dan Makanan Semester 2 yang mengambil Kursus Kokurikulum Berkredit QKS2120 Bola Tampar (Kumpulan 1 dan 2) Semester Kedua Sesi Akademik 2018/2019. 
 
Sebagai tanda sokongan dan penghargaan pihak McDonalds Bintulu telah menyumbangkan sumbangan “Breakfast Meal” sepanjang program dijalankan dan ini merupakan salah satu usaha mendekati masyarakat yang melibatkan sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan McDonald's® Malaysia dan ahli-ahli RMHC. 
 
Melalui program ini, pelajar dapat pengetahuan menguasai kemahiran serta menambahkan ilmu pengetahuan dalam pengurusan kokurikulum khususnya sukan bola tampar. Pelajar juga akan lebih berdisiplin dan berpengalaman dalam mengurus program pada masa hadapan. Akhir sekali, nilai dan etika yang profesionalisme dapat dipupuk semasa memimpin dan mengelola suatu aktiviti. Program ini dikendalikan oleh Fasilitator En. Roslan Ismail dan En. Kong Kie Soon.
 
#PutraVolleyBallCharityTournament
#QKS212020182019SemesterKedua
#ProgramSukandanKomuniti
#SpikeForCharity
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 22/01/2019 | Kemaskini: 22/01/2019 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXETSAB~