PROGRAM SAMBUTAN HARI TANAH SEDUNIA (#WORLDSOILDAY) | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM SAMBUTAN HARI TANAH SEDUNIA (#WORLDSOILDAY)

PROGRAM SAMBUTAN HARI TANAH SEDUNIA (#WORLDSOILDAY)

Program sambutan Hari Tanah Sedunia (#WorldSoilDay) berlangsung dengan jayanya pada 5 hingga 6 Disember 2022 di Dewan Sidang, UPMKB anjuran Jabatan Sains Tanaman (JST), Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, UPMKB dengan kerjasama Persatuan Sains Tanah Malaysia (MSSS).
 
Program 2 hari ini membawa tema Soils : Where Food Begins bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan ekosistem sihat dan kesejahteraan manusia sejagat dalam menghadapi pelbagai cabaran pengurusan tanah.
 
Program ini mengetengahkan 3 jenis pertandingan iaitu video pendek, poster, dan model/spesimen tanah atau tumbuhan melibatkan kategori pelajar daripada JST atau bukan JST dan berjaya mengumpulkan 40 penyertaan pelajar-pelajar program diploma dan bacelor.
 
Penyertaan para pelajar adalah berkonsepkan tema sambutan Hari Tanah Sedunia pada tahun ini disamping menerapkan elemen pembelajaran berpusatkan pelajar (SCL).
 
Melalui program seumpama ini, penerapan nilai-nilai murni dan ketersediaan para pelajar akan keadaan semasa terutama melibatkan tanah di Malaysia akan turut dicapai.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 07/12/2022 | Kemaskini: 07/12/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXETIAQ~