PROGRAM “PUTRA PAWSIONATE: CHARITY PET FAIR” PERTAMA KALI ANJURAN MAHASISWA UPMKB DI THE SPRING BINTULU, SARAWAK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM “PUTRA PAWSIONATE: CHARITY PET FAIR” PERTAMA KALI ANJURAN MAHASISWA UPMKB DI THE SPRING BINTULU, SARAWAK

PROGRAM “PUTRA PAWSIONATE: CHARITY PET FAIR” PERTAMA KALI ANJURAN MAHASISWA UPMKB DI THE SPRING BINTULU, SARAWAK

BINTULU: 8 hingga 9 April, Program Putra Bakti “Putra Pawsionate” bertempat di The Spring Mall Bintulu adalah salah satu program yang dilaksanakan untuk menyelamatkan kucing dan anjing terbiar dengan memberikan anti-rabies vaksin secara percuma pada hari program berlangsung. Lebih seribu orang pengunjung menghadiri program ini dan memberikan maklum balas yang baik. Untuk memeriahkan lagi program tersebut. Pengarah Kampus UPMKB, iaitu Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini juga turut hadir untuk memberi sokongan untuk menjayakan program ini. Bukan itu sahaja, YB Johnny Pang Leong Ming turut menyertai dan memberi galakan kepada program ini.

Program ini juga disokong oleh peniaga-peniaga industri haiwan peliharaan di seluruh Sarawak dan Sabah dari segi penyertaan, bantuan, cadangan, serta pendermaan. Terutamanya, sokongan daripada The Spring Bintulu, Hope4Stray Bintulu, Nature Vet Sdn Bhd, YQS Resources, Angelic Pets, Cature Malaysia, Pet ID Malaysia, The Little Pet Shop Bintulu, MyPets, Nimanja Bintulu, Candy Pet Kitchen, B. Your Pet Care, In Mood Pet Snacks. Program ini adalah program yang julung kali dianjurkan oleh mahasiswa UPMKB dan mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat dan juga daripada daerah-daerah di sekitar Bintulu, Sarawak.

Program ini mendapat tempat di hati kalangan masyarakat dengan sambutan meriah yang ditunjukkan oleh pengunjung dengan menyertai aktiviti yang disediakan seperti aktiviti mewarna, 'fashion show' untuk kategori kanak- kanak, anjing dan kucing. Pada hari pertama, terdapat pertunjukan dari pihak polis Bintulu iaitu anjing Unit K9. Anjing Unit K9 merupakan Unit Anjing Pengesan PDRM untuk membantu polis menjalankan siasatan. Ketua Polis Bintulu juga menjawab beberapa soalan yang diutarakan oleh para pengunjung.

Penyahcacingan diberikan secara percuma kepada masyarakat adalah ditaja daripada pihak klinik veterinar UPMKB. Masyarakat setempat memanfaatkan peluang yang diberi dengan membawa haiwan peliharaan untuk mendapatkan rawatan yang disediakan seperti vaksin anti-rabies dan penyahcacingan.

Program Putra Pawsionate juga telah mendapat sumbangan daripada YB Bintulu, YB Johnny Pang Leong Ming. Selain itu, Hope4Stray Bintulu juga turut menyertai program ini dengan mengadakan aktiviti adoption; sekali dengan Jabatan Perkhimatan Veterinar Sarawak (DVS) bagi aktiviti vaksin anti-rabies. Program ini juga dapat sokongan daripada Doktor Teoh Kah Ying, Veterinar Surgeon daripada Furkids Wellness Centre dan Dogtorteoh untuk memberi perkongsian serta memberi vaksin kepada haiwan-haiwan peliharaan. Sebagai tanda terima kasih kerana memberi sokongan dalam menjayakan program ini, Putra Pawsionate telah memberikan sumbangan kepada Hope4Stray, Klinik Veterinar UPMKB, dan ' Putra Food Bank' UPMKB.

 

 

 

 

Tarikh Input: 19/05/2023 | Kemaskini: 22/05/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXETLAt~