PROGRAM PUTRA BAKTI EDU-VOLUNTEER “From University To The Community” PROJEK BERSAMA SEKOLAH KEBANGSAAN BINTULU | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM PUTRA BAKTI EDU-VOLUNTEER “From University to The Community” PROJEK BERSAMA SEKOLAH KEBANGSAAN BINTULU

PROGRAM PUTRA BAKTI EDU-VOLUNTEER “From University to The Community” PROJEK BERSAMA SEKOLAH KEBANGSAAN BINTULU

BINTULU 30 Jun - 2 Julai - Program Putra Bakti Edu - Volunteer ini mensasarkan pengukuhan kemahiran Bahasa Inggeris secara kreatif, interaktif dan holistik dalam kalangan pelajar sekolah, pelajar universiti dan juga guru. Buktinya, program ini mendapat sambutan meriah daripada semua pelajar guru SK. Bintulu walaupun pada awalnya program ini hanya melibatkan pelajar Tahun 6 anjuran Pelajar Kursus QKK2101 Bakti Siswa Kumpulan 101 Semester Kedua Sesi Akademik 2021/2022 dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Bintulu.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bintulu, Encik Mohamed Khaidir bin Mohamed Arebi berkata, PROGRAM PUTRA BAKTI EDU- VOLUNTEER - “ From University to The Community” ini amat bagus dilaksanakan kerana ia memberi peluang kepada peserta untuk meningkatkan kemahiran berinteraksi dalam Bahasa Inggeris. Selain itu juga, ia dapat meluaskan serta menambah jaringan ilmu pengetahuan kepada setiap peserta. Tambahan pula, peserta dapat mempraktikkan dan mengamalkan ilmu pengetahuan yang diperolehi dalam kehidupan seharian.

Beliau berkata lagi, “program seperti ini dilihat mampu memperkukuhkan dan meningkatkan Kemahiran Insaniah dalam diri setiap ahli dan dapat melahirkan individu yang lebih cakna. Kebolehan berfikir secara kritis dan kreatif untuk mengaplikasikan apa yang dipelajari dan menambah ilmu dalam bidang bersesuaian supaya lebih berdaya saing dalam pasaran kerja kelak” katanya semasa majlis perasmian PROGRAM PUTRA BAKTI EDU - VOLUNTEER “ From University to The Community yang dihadiri oleh pelajar tahun 4 dan tahun 6 serta guru SK. Bintulu.

Antara topik motivasi dan kemahiran Bahasa Inggeris yang telah dikongsikan oleh panel penceramah untuk pelajar ialah “ Be Smart with Tik Tok and Social Media” disampaikan oleh Cik Nur Asyikin bt Zaidi untuk slot 1. Bagi slot 2 telah disampaikan oleh Pn. Hairunisah Binti Abdul Rahman dengan tajuk motivasi “ How to Handle Stress”. Untuk slot ketiga “ How to Back on Track After Procrastination” yang telah disampaikan oleh panel Ts. Dr. Suhaili bin Mustafa. Bagi slot guru pula telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Ibrani Shahrimin Bin Adam Assim berkongsi ilmu serta tips sedikit sebanyak tentang “ Get Back Your Motivation”. Kesemua panel penceramah hebat ini adalah daripada Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu.

Program ini berlangsung selama tiga hari. Selain daripada aktiviti motivasi kepada pelajar dan guru, aktiviti pembersihan kawasan sekolah juga turut dijalankan. Antara bilik-bilik khasnya ialah Bilik Makmal Sains, Bilik Kaunseling, Bilik Doktor Muda dan Bilik JQAF. Selain itu, kami juga membantu guru sekolah SK. Bintulu untuk melukis dan mengecat doodle di dinding Bilik Doktor Muda.

“Melalui penganjuran program ini, pelajar Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) dapat memantapkan kemahiran Insaniah dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi. Kita sedia maklum bahawa Kemahiran Insaniah atau Kemahiran Generik merupakan elemen penting yang perlu dikuasai oleh setiap mahasiswa dan mahasiswi di samping pencapaian akademik. Tambahan pula, menerusi pengajuran program ini, para pelajar dapat mempelajari dan mengembangkan kemahiran dalam pengurusan majlis dan juga protokol serta keyakinan diri untuk berhadapan dengan masyarakat luar. Banyak prosedur yang perlu dilakukan atau dilalui oleh para pelajar. Maka disinilah para pelajar menunjukkan bakat masing-masing” kata Nurul Izwani binti Salehin, Pengarah PROGRAM PUTRA BAKTI EDU - VOLUNTEER - “ From University to The Community”.

 

Tarikh Input: 03/08/2022 | Kemaskini: 12/10/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEZCAV~