PROGRAM PENUTUPAN BENGKEL PERMURNIAN IPT FOR SOCIETY @ KELUARGA MALAYSIA (UNITY) | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM PENUTUPAN BENGKEL PERMURNIAN IPT FOR SOCIETY @ KELUARGA MALAYSIA (UNITY)

PROGRAM PENUTUPAN BENGKEL PERMURNIAN IPT FOR SOCIETY @ KELUARGA MALAYSIA (UNITY)

Program Penutupan Bengkel Permurnian IPT for Society @ Keluarga Malaysia (UNiTY) anjuran KPT; yang diadakan bersama-sama dengan Komuniti Lada Hitam Kg. Bukit, Sg. Plan, Tanjung Kidurong berjaya dilaksanakan dengan lancar pada 3 Julai 2022 yang lalu.
 
Program ini kehadiran Pengarah UCTC UPM; Prof Loh Teck Chwen, Pen. Pengarah Bahagian Kolaborasi, Industri dan Masyarakat (BKIM); En. Alifi dan Pengarah Kampus UPM Kampus Bintulu; Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini serta melibatkan 52 penyertaan daripada Pengarah - pengarah dan pegawai - pegawai Pusat Komuniti @ Jaringan Masyarakat daripada 20 universiti awam (UA) di Malaysia.
 
Projek kajian lada hitam Gs. Dr. Wan Nor Zanariah bt Zainol @ Abdullah (Jab. Sains dan Teknologi, Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains) bersama komuniti ini telah dipilih oleh pihak UPMKB dan UCTC UPM sebagai satu sampel projek bersama masyarakat setempat. Syukur juga daripada projek ini, lahir seorang pelajar master yang telah bergraduat iaitu saudari Siti Zul Lailee Kamsan.
 
Selain itu, projek ini bukan hanya dapat memberi manfaat kpd komuniti; projek ini jg telah berjaya menghasilkan 4 kertas jurnal (3 published, 1 ongoing) dan telah dibentangkan di 4 konferen peringkat antarabangsa bermula dari tahun 2020-2022.
 
Terima kasih Upm Kampus Bintulu Sarawak atas kepercayaan ini.
 
Semoga terus cemerlang.
 

Tarikh Input: 08/07/2022 | Kemaskini: 12/10/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEZIAE~