PROGRAM OUTREACH UPU2U (ZON SARAWAK) BAHAGIAN LIMBANG | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM OUTREACH UPU2U (ZON SARAWAK) BAHAGIAN LIMBANG

PROGRAM OUTREACH UPU2U (ZON SARAWAK) BAHAGIAN LIMBANG

Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu telah menyertai Program Outreach UPU2U (Zon Sarawak) Bahagian Limbang di Hotel Purnama Limbang pada 30 Oktober 2022 yang dianjurkan oleh UiTM Samarahan dengan kerjasama Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA/Unit Pusat Universiti (BKPA,JPT@UPU).

Pelaksanaan program tersebut adalah untuk mempromosikan serta menyebarluas peluang pendidikan tinggi ke IPTA dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) disamping menjadi platform utama bagi BKPA menyampaikan maklumat kepada pemohon dan masyarakat awam melalui pelaksanaan permohonan kemasukan ke IPTA dan ILKA yang berkaitan melalui UPUonline.

Sebanyak 12 buah IPTA dan ILKS yang mengikuti program tersebut termasuklah Universiti Putra Malayisa Kampus Bintulu yang telah menghantar 2 orang Pegawai Akademik iaitu TS. Dr. Suhaili Bin Mustafa dan Dr. Ahmad Mustafa Bin Mohamad Pazi.

Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Bin Haji Ismail. Turut hadir dalam program tersebut adalah Encik Wahi Bin Nordin, Pengarah BKPA.

#UPM
#UPMKB
#JomMasukUPMKB
#PilihUPMKB
#BerilmuBerbakti
#WithKnowledgeWeServe























 



Tarikh Input: 07/11/2022 | Kemaskini: 07/11/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEZQAd~