PROGRAM OUT OF THE COCOON 2019 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM OUT OF THE COCOON 2019

PROGRAM OUT OF THE COCOON 2019

Pada 22 hingga 24 Februari 2019, QKK2101 Bakti Siswa Kumpulan 8 telah menganjurkan Program Out Of The Cocoon 2019 yang bertempat di Kompleks Kebajikan Anak-Anak Yatim Kampung Jepak (PERYATIM) dan Balai raya Jepak, Kampung Jepak, Bintulu. Kumpulan 8 Bakti Siswa terdiri daripada 30 orang pelajar Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan Semester 4 dan telah dikendalikan oleh Fasilitator iaitu Encik Ali Maru.

Program ini telah melibatkan 77 orang anak yatim dan komuniti di Kampung Jepak yang bertujuan untuk mewujudkan hubungan baik antara pelajar di UPM Kampus Bintulu dan penduduk di Kampung Jepak. Selain daripada itu, program ini juga dapat membentuk jati diri dan pendirian peserta-peserta serta membina keyakinan peserta untuk berkomunikasi dan membentangkan tugasan-tugasan yang telah diberikan. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah Animal Kingdom, Create Your Animal, Belly Up dan Agro Farming.

Aktiviti utama yang telah dijalankan ialah forum yang bertajuk Taking Flight. Forum ini telah dianjurkan di Balai Raya Jepak pada 24 Februari 2019 yang melibatkan 59 orang anak yatim dan penduduk Kampung Jepak. Pihak penganjur telah menjemput Haji Abdul Kadier Bin Sahib, Pengarah Syarikat Serba Dinamik Sdn. Bhd. dan Prof. Madya Dr. Shahrul Razid Bin Sarbini, Dekan Fakulti Sains Pertanian dan Makanan UPM Kampus Bintulu, Sarawak sebagai ahli panel dan Encik Saipul Izzuwan Bin Dahari sebagai moderator forum tersebut. Majlis tersebut juga telah dimeriahkan dengan kehadiran Haji Drahman Bin Kawi, Penghulu Kampung Jepak dan wakil-wakil Ketua Kaum dari Kampung Jepak. Acara kemuncak iaitu Majlis Perasmian Penutupan telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Talib Zulpilip, Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman), Para pelajar yang terlibat telah mempelajari dan memperoleh pelbagai pengalaman dan kenangan yang amat berharga dalam pelaksanaan Program Out Of The Cocoon 2019.

Tarikh Input: 27/02/2019 | Kemaskini: 28/02/2019 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXETNAX~