PROGRAM NYUNGKAKKA PENEMU : THE IMPORTANCE OF AGRICULTURE AND CAREER OPPORTUNITIES | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM NYUNGKAKKA PENEMU : THE IMPORTANCE OF AGRICULTURE AND CAREER OPPORTUNITIES

PROGRAM NYUNGKAKKA PENEMU : THE IMPORTANCE OF AGRICULTURE AND CAREER OPPORTUNITIES

Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (FSPH), Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) telah menganjurkan program Nyungkakka Penemu : The Importance of Agriculture and Career Opportunities di Dewan Sri Kenyalang UPMKB pada 16 Januari 2023 yang lalu.

Program perkongsian ini turut dihadiri dan dimeriahkan dengan kehadiran Yang Amat Mulia Tengku Syarif Laksamana Perlis Dato’ Seri DiRaja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail (Pengerusi Lembaga Pengarah UPM), Yang Berbahagia Prof. Dr. Nazami Saari (Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UPM), Yang Berbahagia Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini (Pengarah Kampus UPMKB) dan tetamu jemputan Yang Berusaha Dr. Chua Kim Aik (Ketua Pegawai Eksekutif Green World Genetics Sdn. Bhd.).

Yang Berbahagia Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini menerusi ucapan alu-aluan beliau menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berusaha Dr. Chua Kim Aik atas kesudian beliau berkongsi pengalaman dan kepakaran beliau dalam bidang industri benih dengan para pegawai dan pelajar.

Program Nyungkakka Penemu ini merupakan inisiatif oleh pihak FSPH sebagai satu platform bagi berkongsi dan memberi pendedahan kepada umum berhubung pelbagai topik yang berkaitan dengan pertanian dan perhutanan, di samping mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama yang terjalin dengan pihak agensi dan industri seperti Green World Genetics Sdn. Bhd. dan sebagainya. Perkataan “Nyungkakka Penemu” berasal dari bahasa Iban yang membawa maksud menambah  atau memperkasakan ilmu pengetahuan.

Antara perkara utama yang diberi penekanan oleh Yang Amat Mulia Tengku Syarif Laksamana Perlis Dato’ Seri DiRaja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail dan Yang Berusaha Dr. Chua Kim Aik semasa sesi perkongsian tersebut adalah berkenaan isu keselamatan makanan, peluang kerjaya dalam sektor pertanian dan sebagainya.

Seramai 115 warga staf dan 570 orang pelajar telah menghadiri dan memeriahkan program Nyungkakka Penemu : The Importance of Agriculture and Career Opportunities tersebut.

 

 

Tarikh Input: 25/01/2023 | Kemaskini: 25/01/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXETSAX~