PROGRAM “NYUNGKAK KA BUAH KENYALANG” | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM “NYUNGKAK KA BUAH KENYALANG”

PROGRAM “NYUNGKAK KA BUAH KENYALANG”

Pada 10 hingga 12 Mac 2023 yang lalu, seramai 69 orang pelajar Kursus CES2241 Pengembangan Pertanian dari program pengajian Diploma Pertanian Semester 2 Sesi 2022/2023, Jabatan Sains Tanaman, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu telah berjaya menganjurkan Program ‘Nyungkak Ka Buah Kenyalang’ di bawah inisiatif SULAM di Rumah Panjang Banyan Anak Mawan, Selangau. Program ini diadakan khususnya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tempatan tentang kepentingan memelihara dan memulihara buah-buahan nadir atau asli di Sarawak yang kian pupus.

Antara pengisian aktiviti bagi program tersebut termasuklah pendedahan kadeah pemeliharaan buah melalui kaedah seedball, kaedah-kaedah pembiakan tanaman, penyediaan media tanaman, Custome Design and Fruit Puzzle, Nature Walk dan sebagainya. Tuai Rumah, Encik Banyan Anak Mawan berkata program ini sangat bagus dan bertepatan dalam usaha memperkenalkan kepada komuniti setempat untuk memelihara spesis buah-buahan yang kian pupus serta lenyap sebagai khazanah warisan.

Program seumpama ini juga dapat melatih para pelajar universiti dalam mengaplikasikan kemahiran dan ilmu pertanian yang telah dipelajari serta melahirkan pelajar sebagai agen pengembangan pertanian. Seterusnya, melalui program ini juga para pelajar dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dalam berinteraksi dengan orang awam serta mewujudkan hubungan positif antara pihak universiti dengan masyarakat luar.

Program 3 hari 2 malam tersebut yang diselaras oleh Penasihat Program, Dr. Shiamala Devi Ramaiya juga turut disertai oleh seramai 82 orang penduduk Rumah Panjang Banyan Anak Mawan, Selangau.

Tarikh Input: 18/05/2023 | Kemaskini: 22/05/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEZAAT~